KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah dibentuk baru-baru ini.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menegaskan, pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan yang dibuat sebelum ini mengikut lunas undang-undang.
Menurut beliau, ketelitian proses pemilihan dijalankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memilih Perdana Menteri menunjukkan pelantikan Ismail Sabri adalah sah menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
“Sekiranya pelantikan Perdana Menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain.
BACA: 69 Menteri, Timbalan Menteri angkat sumpah di Istana Negara hari ini
“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara pada Sabtu.
Tambah beliau, keputusan Al-Sultan Abdullah yang berkenan melantik Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 juga selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa budi bicara kepada Seri Paduka Baginda untuk melantik Perdana Menteri harus dibaca bersama Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Ternyata sekali pelantikan Perdana Menteri merupakan tanggungjawab perlembagaan (constitutional responsibility) dan kuasa mutlak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.
Tambahnya lagi, tatacara penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah pun diputuskan oleh Seri Paduka Baginda sendiri.
“Bagi tujuan tersebut, Seri Paduka Baginda telah pun mengadakan sesi menghadap bersama ketua-ketua parti politik utama negara pada 17 Ogos 2021 di mana kesemua 220 ahli-ahli Dewan Rakyat.
“Mereka telah diminta untuk menyatakan nama ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan (statutory declaration).
“Seterusnya, nama-nama bakal Perdana Menteri daripada kesemua 220 ahli-ahli Dewan Rakyat telah dikemukakan kepada pihak Istana Negara, masing-masing menerusi surat akuan pada 18 Ogos 2021 lalu,” katanya.
Seramai 114 ahli Dewan Rakyat dipanggil menghadap pada 19 Ogos 2021 untuk mengesahkan kepercayaan mereka kepada ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan iaitu Ismail Sabri.
Seterusnya, pada 21 Ogos 2021, Perdana Menteri baharu telah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda menurut kehendak Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan.
Pada 20 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Ismail Sabri mengambil alih kepimpinan negara selepas kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin runtuh ekoran penarikan sokongan daripada 15 Ahli Parlimen UMNO.
Ridauddin Daud
Sat Sep 04 2021
![Tiada keperluan mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri - Peguam Negara Tiada keperluan mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/51583497607_TBIdrusHarun.jpg)
Menurut Idrus, ketelitian proses pemilihan dijalankan Yang di-Pertuan Agong dalam memilih Perdana Menteri menunjukkan pelantikan Ismail Sabri adalah sah menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan. - Gambar kehakiman.gov.my
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Pemuda UMNO cabar Azhar Harun nafi satu lagi surat tular Pemuda UMNO cabar Azhar Harun nafi satu lagi surat tular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623910114_TBAzharAzizanHarun.jpg)
Pemuda UMNO cabar Azhar Harun nafi satu lagi surat tular
Semalam, Azhar menafikan laporan bahawa beliau mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri bagi memaklumkan kerajaan pimpinannya telah tiada majoriti.
![Undi percaya pada September munasabah, tidak perlu tergesa-gesa - Penganalisis Undi percaya pada September munasabah, tidak perlu tergesa-gesa - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627969051_SidangParlimenKh.jpg)
Undi percaya pada September munasabah, tidak perlu tergesa-gesa - Penganalisis
Undi percaya yang ditetapkan pada September ini di Dewan Rakyat disifatkan satu tempoh masa yang munasabah berbanding gesaan segelintir pihak agar proses tersebut dipercepatkan.
![Pemuda PN zahir keyakinan penuh Perdana Menteri ada majoriti selesa Pemuda PN zahir keyakinan penuh Perdana Menteri ada majoriti selesa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627375507_sidangparlimen.jpg)
Pemuda PN zahir keyakinan penuh Perdana Menteri ada majoriti selesa
Pemuda PN turut mengecam tindakan lapan Ahli Parlimen dan pihak pembangkang yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik.