Tiada keperluan bagi pengguna perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk beralih kepada kenderaan persendirian walaupun terdapat kenaikan tambang kerana syarikat pengangkutan itu banyak menawarkan diskaun buat pengguna.
Presiden KTMB, Lt Kol (B) Sarbini Tijan berpendapat orang ramai dapat menjimatkan kos dengan menggunakan perkhidmatan komuter.
"Selain itu, keselamatan perjalanan pengguna lebih terjamin jika dibandingkan dengan bergerak menggunakan kenderaan persendirian seperti motosikal," kata Sarbini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Yusof Ghani, bahawa peningkatan kadar tambang pengangkutan awam akan menyebabkan orang ramai mempertimbangkan penggunaan kenderaan persendirian seperti motosikal.
Menurut beliau, ini seterusnya akan meningkatkan kemungkinan berlaku kemalangan di jalan raya.
Sarbini mengakui ada asas di sebalik kenyataan yang dibuat Yusof namun beliau yakin pengguna tidak perlu beralih kepada penggunaan kenderaan persendirian kerana perkhidmatan komuter KTMB adalah efisen.
"Malah, penggunaan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan pencemaran," tambah Sarbini.
Beliau ditemui dalam satu sidang media di Stesen KL Sentral untuk menjelaskan penstrukturan tambang perkhidmatan komuter yang telah diumumkan pada 2 Disember lepas.
Katanya, kenaikan tersebut hanya melibatkan perjalanan di sekitar Lembah Klang iaitu di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang dan tidak melibatkan perkhidmatan di bahagian utara dan selatan.
"KTMB masih lagi menanggung kerugian kerana berdasarkan kos operasi asal setiap penumpang adalah 20 sen setiap kilometer.
"Kenaikan ini hanya 4 sen iaitu 15 sen bagi perjalanan sejauh satu kilometer yang mana harga asal sebelum ini adalah 11 sen bagi satu kilometer," jelas Sarbini.
Hafiz Marzukhi
Mon Dec 07 2015
!['Tiada keperluan beralih ke kenderaan sendiri walaupun tambang naik' - Presiden KTMB 'Tiada keperluan beralih ke kenderaan sendiri walaupun tambang naik' - Presiden KTMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440778454_KTMB.jpg)
Kenaikan tersebut hanya melibatkan perjalanan di sekitar Lembah Klang iaitu di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736494161_tbAnthonyLoke.jpg)
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
![Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732540274_AnthonyLoke.jpg)
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
![Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734244891_TBANTHONYLOKE.jpg)
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
![Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732339647_BasSekolah.jpg)
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
![Penyasaran subsidi diesel: Pengusaha bas tidak sepatutnya naikkan kadar tambang - Anthony Loke Penyasaran subsidi diesel: Pengusaha bas tidak sepatutnya naikkan kadar tambang - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718097320_SijilPelajaranSeko.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Pengusaha bas tidak sepatutnya naikkan kadar tambang - Anthony Loke
Pengusaha bas ekspres dan bas sekolah tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang susulan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
![Aidilfitri: Kadar tambang bas ekspres ekonomi meningkat 10 peratus - APAD Aidilfitri: Kadar tambang bas ekspres ekonomi meningkat 10 peratus - APAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710325567_TBbas.jpg)
Aidilfitri: Kadar tambang bas ekspres ekonomi meningkat 10 peratus - APAD
Kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini.
![Kenaikan tambang: Syarikat perkhidmatan e-hailing dipanggil beri penjelasan - Menteri Kenaikan tambang: Syarikat perkhidmatan e-hailing dipanggil beri penjelasan - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653231613_DatukSeriDrWeeKa.jpg)
Kenaikan tambang: Syarikat perkhidmatan e-hailing dipanggil beri penjelasan - Menteri
Kementerian Pengangkutan sedang meneliti dan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e-hailing berhubung aduan serta rungutan orang ramai mengenai kenaikan kadar tambang.
!['Tiada keperluan beralih ke kenderaan sendiri walaupun tambang naik' - Presiden KTMB 'Tiada keperluan beralih ke kenderaan sendiri walaupun tambang naik' - Presiden KTMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440778454_KTMB.jpg)
'Tiada keperluan beralih ke kenderaan sendiri walaupun tambang naik' - Presiden KTMB
Presiden KTMB, Lt Kol (B) Sarbini Tijan yakin pengguna tidak perlu beralih kepada penggunaan kenderaan persendirian kerana perkhidmatan komuter KTMB adalah efisen.
![Prasarana selaras tambang LRT, Monorel mulai 2 Dis Prasarana selaras tambang LRT, Monorel mulai 2 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51446476029_PengangkutanBUDGET.jpg)
Prasarana selaras tambang LRT, Monorel mulai 2 Dis
Struktur tambang baharu itu akan digunakan bagi ketiga-tiga perkhidmatan -- LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang dan Monorel KL -- berkuat kuasa 2 Disember 2015.