Astro AWANI difahamkan kadar tambang sedia ada akan dikekalkan sehingga SPAD membuat keputusan akhir mengenainya.
Ia sekaligus menafikan ura-ura tersebar luas yang mendakwa tambang pengangkutan itu akan dinaikkan dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, Astro AWANI dimaklumkan oleh jurucakap Prasarana Berhad, syarikat itu telah memohon kepada kerajaan sebelum ini untuk menaikkan kadar tambang LRT dan Putra.
Ini jelasnya kerana, kadar tambang itu tidak pernah dinaikkan sejak 12 tahun ia beroperasi.
Menurutnya, apa juga sebarang kenaikan atau kadar tambang itu kekal, ia tertakluk kepada budi bicara SPAD.
Sejak tahun 2010, 35 stesen Komuter KTM dan LRT telah dinaik taraf untuk kemudahan dan keselesaan pengguna, terutamanya memudahkan orang kurang upaya (OKU) menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.