KUALA LUMPUR: Tiada kecederaan fizikal dikesan membabitkan dua kes kematian orang kena tahan (OKT) yang ditangkap untuk siasatan kes dadah.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, bagi kes pertama, seorang OKT berusia 50 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 pada 17 Jun lalu.
Menurutnya, OKT yang ditahan di lokap Balai Polis Jasin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka didapati tidak sedarkan diri pada jam 12 tengah hari, 23 Jun sebelum dihantar ke Hospital Jasin untuk rawatan awal dan dirujuk ke Hospital Melaka.
"Pada 25 Jun, OKT yang ditempatkan di wad didapati pengsan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital pada jam 1.24 pagi.
"Bedah siasat dapati tiada kecederaan fizikal dikesan dan punca kematian disebabkan pendarahan dalam usus kecil," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, satu lagi kes melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama pada 22 Jun lalu.
Katanya, OKT warga tempatan itu ditahan di lokap Balai Polis Nibong Tebal, IPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
"Pada jam 12 tengah hari, 26 Jun, OKT telah mengadu sakit perut sebelum dibawa ke Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk rawatan awal.
"OKT kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dimasukkan ke wad sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.54 pagi, 27 Jun," ujarnya.
Tambahnya, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan luaran fizikal dikesan dan punca kematian adalah pendarahan teruk pada salur pencernaan (bahagian atas) serta kegagalan beberapa fungsi organ utama selain ketidakstabilan metabolisme badan akibat jangkitan kuman.
Jelasnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 01 2022
OKT yang ditempatkan di wad didapati pengsan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital. - Gambar hiasan
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Lelaki maut tertimbus semasa cari emas
Seorang lelaki maut tertimbus dipercayai semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor di sini pada Sabtu.
Allahyarham Nidza Afham dalam proses kumpul duit kahwin - Adik
Penyanyi Aufahanie memberitahu Allahyarham abangnya yang juga penyanyi Nidza Afham mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan teman wanitanya.
Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kementerian Pertahanan harap UPNM pastikan kes Zulfarhan tidak berulang
Kementerian Pertahanan berharap agar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memastikan bahawa kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut universiti itu, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain
Kes keracunan makanan: Polis tunggu laporan kimia
Polis masih menunggu laporan kimia bagi melengkapkan siasatan kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian, 10 Jun lalu.
Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu
Kes demam denggi dilaporkan terus meningkat kepada 2,805 kes pada Minggu Epidemiologi ke-27 (ME 27) iaitu bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai lepas berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya.
Kematian akibat strok berdarah semakin meningkat
Strok berdarah merekodkan punca utama kematian tertinggi melepasi kematian akibat kecederaan otak sejak 2019 serta terus menunjukkan peningkatan jumlah kes.
2 kematian akibat denggi minggu lalu
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,438 kes pada Minggu Epidemiologi ke-25 (ME25) iaitu bagi tempoh 16 hingga 22 Jun berbanding 2,900 kes pada minggu sebelumnya.
25 maut, ribuan dirawat di hospital akibat gelombang haba terik di Karachi
Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan ribuan dimasukkan ke hospital akibat strok haba semasa gelombang haba terik di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi.
Keracunan makanan: 11 mangsa masih terima rawatan di hospital
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua mereka masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.