Jangkitan malaria di Pos Kemar di Gerik dan Pos Poi di Sungai SIput tidak mempunyai kaitan.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Program Malaria, Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ummi Kalthom Shamsuddin berkata ia sebaliknya berpunca daripada dua parasit berbeza.
"Apa yang berlaku di Pos Kemar adalah wabak disebabkan parasit Plasmoduim Vivax yang melibatkan 137 kes, manakala di jangkitan malarian di Pos Poi melibatkan parasit Plasmodium Falciparum, maknanya ia adalah dua jangkitan yang berbeza."
"Jadi adalah agak sukar untuk mengaitkan jangkita kes di kedua pos berkenaan," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Pada masa sama, ujar beliau, tidak mungkin bagi vektor penyebab malaria iaitu nyamuk Anopheles atau nyamuk tiruk untuk terbang sebegitu jauh.
Jarak antara Pos Kemar dan Pos Poi adalah kira-kira 42 kilometer.
"Kebiasaannya nyamuk vektor iaitu nyamuk Anopheles boleh terbang sejauh 2 kilometer. Jadi jarak antara kedua pos berkenaan iaitu 42 km menjadikannya agak sukar untuk nyamuk tiruk dari Pos Kemar bertanggungjawab. Ini kerana bukan sahaja parasit berbeza tetapi dari segi pergerakan nyamuk juga tidak memungkinkannya," katanya.
Namun beliau tidak menolak ia boleh disebabkan oleh pergerakan Orang Asli antara kedua pos berkenaan.
Ia berikutan terdapat satu kes Plasmoduim Falciparum dikenalpasti di Pos Kemar yang rata-rata dijangkiti Plasmoduim Vivax.
Dr Ummi juga tidak menolak kemasukan pekerja asing dan pergerakan manusia ke negara endemik malaria juga boleh menyumbang kepada jangkitan malaria di Malaysia.
"Memang tidak dinafikan tetapi Jabatan Kesihatan Hulu Perak telah menjalankan saringan pekerja asing warga Bangladesh di Pos Kemar melibatkan 71 orang, namun semuanya negatif Malaria."
"Namun itu sahaja yang dapat kami lihat kerana mereka juga banyak bergerak. Bagi pekerja asing haram pula, mereka akan lari apabila mereka melihat pegawai kesihatan kami," katanya.
Sehubungan itu, katanya Jabatan Kesihatan Kelantan juga telah diarahkan supaya melakukan saringan Malaria ke atas penduduk di perkampungan Orang Asli yang bersempadan dengan Perak agar kes Malaria dapat dikesan segera.
Tan Su Lin
Thu Dec 22 2016
![Tiada kaitan jangkitan Malaria di Pos Kemar dan Pos Poi Tiada kaitan jangkitan Malaria di Pos Kemar dan Pos Poi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482404041_OrangAsli.jpg)
Pesakit Orang Asli menerima rawatan selepas dijangkiti penyakit malaria di Hospital Gerik hari ini. - Foto Bernama
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang berlangsung dari 2 Dis hingga 6 Feb lepas, berjalan lancar dengan 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara
![Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333291_TBAnwarIbrahim.jpg)
Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.
PM tegur KPM segerakan pemerkasaan penguasaan bahasa inggeris
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu - PM
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
PM mahu IPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
![OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739331837_OKUmental.jpg)
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739333560_muhammadaisyalree.jpg)
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
![[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739330144_MazuinHamzah.jpg)
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
![Tiada kaitan jangkitan Malaria di Pos Kemar dan Pos Poi Tiada kaitan jangkitan Malaria di Pos Kemar dan Pos Poi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482404041_OrangAsli.jpg)
Tiada kaitan jangkitan Malaria di Pos Kemar dan Pos Poi
Namun KKM tidak menolak ia boleh disebabkan oleh pergerakan Orang Asli antara kedua pos berkenaan.