Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan pemeriksaan susulan pesakit COVID-19 yang sudah didiscaj dari hospital setiap tiga bulan bagi memantau tahap sebenar antibodi dan keadaan paru-paru mereka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini berikutan tidak ada jaminan bahawa mereka yang sudah sembuh tidak boleh dijangkiti semula.
"Pemeriksaan susulan ke atas pesakit COVID-19 yang sembuh dibuat untuk mengesan jika berlaku kerosakan atau sebarang perubahan pada paru-paru mereka," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM, Putrajaya pada Jumaat.
Merujuk kepada laporan akhbar tempatan yang mendakwa bekas pesakit COVID-19 mudah dijangkiti kuman, Dr Noor Hisham berkata perkara tersebut adalah berdasarkan kajian di luar negara dan kes seumpama itu belum dikesan berlaku di Malaysia setakat ini.
Katanya kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini ada menyebut tiada pasport imuniti bagi bekas pesakit COVID-19.
"Ini bererti kalau dijangkiti COVID-19 tidak semestinya tidak boleh dijangkiti lagi. Ini disebabkan antibodi yang terbina (semasa melawan jangkitan COVID-19 yang pertama) adalah tidak cukup untuk pertahanan bagi jangkitan kedua dan seterusnya. Oleh itu pemeriksaan susulan oleh KKM adalah penting," katanya lagi.
Dr Noor Hisham berkata pengalaman dunia dan Malaysia dalam menghadapi COVID-19 dan melihat kesan jangkitannya kepada pesakit yang sudah sembuh masih baru iaitu hanya selama enam bulan.
Tidak ada pihak yang boleh meramalkan apa yang akan berlaku selepas ini, katanya lagi.
Menurut Dr Noor Hisham, berdasarkan kajian di negara luar, antibodi pesakit COVID-19 yang sudah sembuh semakin berkurangan selepas lapan minggu.
Ditanya mengenai penggunaan terowong sanitasi, Dr Noor Hisham sekali lagi mengingatkan orang awam bahawa tiada bukti klinikal akan keberkesanan kaedah itu.
"Kementerian masih tidak menggalakkan penggunaan terowong ini. Malah, kami bimbang akan keselamatan serta kesan sampingannya.
"Ini kerana virus berada di dalam tubuh, bukan pada permukaan. Bahan kimia yang disembur di dalam terowong mungkin memudaratkan, menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan mulut ... mungkin juga mencetuskan serangan asma pada penghidap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
Dr Noor Hisham berkata, tiada jaminan mereka yang sudah sembuh daripada jangkitan COVID-19 tidak boleh dijangkiti semula. - Bernama
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
India dapatkan dos antibodi dari Australia tangani virus Nipah
India cuba membendung wabak Nipah, yang kali pertama dilaporkan di negeri Kerala dan telah meragut dua nyawa.
COVID-19: Britain luluskan rawatan berasaskan terapi antibodi
Ini merupakan usaha terbaharu dalam memerangi pandemik COVID-19 pada ketika peningkatan kes global secara drastik.
COVID-19: Ubat antibodi AstraZeneca berjaya kurangkan gejala
Ini sekaligus memberi harapan khususnya bagi mereka yang kurang memberi reaksi terhadap suntikan imunisasi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Semua pendidik terima sekurang-kurangnya satu dos sebelum sekolah buka - KJ
Setakat semalam, sejumlah 303,682 atau 73.5 peratus guru di seluruh negara menerima suntikan satu dos vaksin.
Campuran vaksin AstraZeneca dan Pfizer tingkatkan perlindungan - Kajian
Kajian melibatkan 499 pekerja perubatan - 100 daripada mereka menerima dos campuran, 200 lagi menerima dos Pfizer, selebihnya dos AstraZeneca.
COVID-19: Vaksin jadi perisai, pesakit lengkap dos hanya alami gejala ringan
Walaupun pengambilan vaksin bukan jaminan untuk tidak terkena jangkitan namun ia menjadi ikhtiar dalam melindungi kesihatan.
Vaksin COVID-19: CDC kaji keperluan dos ketiga buat pesakit sistem imun
Data menunjukkan, individu dengan sistem kekebalan tubuh yang rendah mempunyai tindak balas antibodi yang kurang berbanding individu sihat.
Thailand pertahan langkah campur vaksin COVID-19
Penggunaan AstraZeneca sebagai suntikan ketiga atau booster selepas dua dos Sinovac akan mencapai tahap antibodi lebih tinggi, kata Dr Yong Poovorawan.
Vaksin COVID-19: EU saran sijil digital diberi tanpa diskriminasi
Ini bagi memenuhi sasaran untuk membenarkan mereka yang sudah divaksin melakukan perjalanan dalam blok tersebut, kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.