SHAH ALAM: Tiada inisiatif serius berhubung cadangan untuk memperkenalkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar setakat ini, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata cadangan itu merupakan cetusan dan hasrat daripada ahli-ahli alumni, Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara) yang telah dibincangkan sejak 2017 yang mahu MRSM berbayar diwujudkan untuk golongan berpendapatan tinggi.
"Kita belum ada apa-apa inisiatif secara serius kerana isu utamanya adalah bagaimana kita nak menyantuni kehendak alumni Ansara yang kini mencecah 220,000 dengan kebanyakannya adalah golongan T20 yang bersaing dengan B40 diperingkat MRSM," katanya kepada media selepas hadir program Hari Mara Bersama Rakyat dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar, di sini hari ini.
Namun katanya, MARA masih lagi memberi fokus untuk mengekalkan polisi 60 peratus dalam kalangan B40 di semua MRSM seluruh negara bagi memastikan golongan itu tidak berasa terasing dalam kalangan mereka dari kumpulan M40 dan T20.
"Itu yang mereka mencadangkan dan kita di peringkat MARA akan sentiasa memperhalusi.
"Cuma yang kita sekarang tahu MARA telah menangguhkan pembangunan MRSM baharu dan fokuskan dulu kepada 55 MRSM.
"Ada dua lagi MRSM yang mula beroperasi hujung tahun ini selain akan tambah baik infrastruktur dan prasarana sedia ada," katanya.
Pada Mac lepas, Asyraf Wajdi mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi yang boleh diuruskan oleh Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Pada Mac lepas, Asyraf Wajdi mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi yang boleh diuruskan oleh Kumpulan Mara Corp. -Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Tiada inisiatif serius berhubung cadangan MRSM berbayar - Asyraf Wajdi
Cadangan itu merupakan cetusan dan hasrat daripada ahli-ahli alumni, Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara) yang telah dibincangkan sejak 2017

Tiada siapa mampu cemari hubungan baik PM dan TPM
Walaupun ada pihak tertentu cuba mengeruhkan hubungan mereka, Ahmad Zahid mempunyai hubungan rapat dengan Najib dan beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Najib satu ketika dahulu.

MRSM berbayar masih dalam kajian peringkat awal - Ismail Sabri
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah masih mengadakan kajian di peringkat awal susulan cadangan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar di negara ini.