Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak mengesan bahan bahaya yang menyebabkan seorang lelaki warga Bangladesh maut manakala dua rakannya separuh sedar ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan saluran paip gas di sebuah stesen minyak di Jalan Ipoh - Lumut di sini, pada Sabtu.
Menurut laporan JBPM Negeri Perak, pasukan itu telah dipanggil ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan keadaan pengudaraan di lokasi berkenaan.
“Hasil pemantauan pasukan Hazmat, tiada bacaan bahan-bahan bahaya di lokasi tersebut, hanya berlaku kekurangan oksigen di manhole yang menyebabkan kematian atau kesesakan nafas kepada mangsa-mangsa tersebut,” katanya di sini.
Dalam kejadian pada Sabtu, seorang lelaki warga Bangladesh maut manakala dua rakan sekerjanya separuh sedar selepas dipercayai terhidu gas beracun ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan saluran paip gas di sebuah stesen minyak di Jalan Ipoh - Lumut di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang mengalami kecederaan dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Katanya, warga Bangladesh yang maut berumur 27 tahun manakala yang cedera berumur 30 tahun dan lelaki tempatan berumur 27 tahun yang beralamat di Klang, Selangor.
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 26 2019
![Tiada gas beracun dalam kes seorang maut, dua separuh sedar ketika senggara saluran paip gas Tiada gas beracun dalam kes seorang maut, dua separuh sedar ketika senggara saluran paip gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558801319_pekerjabangladesh.jpg)
Keadaan dua mangsa yang berjaya diselamatkan oleh anggota EMRS Bomba sewaktu insiden di sebuah stesen minyak di Jalan Ipoh - Lumut pada Ahad. - Ihsan JBPM Perak
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600340646_maut.jpg)
Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis
Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dipantau pegawai perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.