Seorang mekanik luka dan lebam di muka, mulut serta dagu selepas dipukul isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Flat Desa Damai, Sg. Rambai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa berusia 38 tahun baru balik kerja dan isterinya yang berada di rumah meminta wang daripada suaminya kerana mahu membayar hutang.
"Lelaki itu mendakwa dia memaklumkan kepada isterinya yang dia tiada wang tetapi wanita berkenaan tidak percaya dan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk serta menendang muka suaminya.
"Semasa kejadian itu, dua anak mereka, masing-masing lelaki dan perempuan berusia 17 dan 15 tahun berada di rumah.
"Anak lelaki mangsa bertindak meleraikan pergaduhan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam, di sini.
Nik Ros Azhan berkata lelaki itu membuat laporan polis.
Katanya wanita itu yang berusia 35 tahun dan tidak bekerja, bertindak melarikan diri dari rumah sewa mereka dengan membawa anak perempuannya sejurus selepas kejadian berkenaan.
Usaha mengesan wanita itu giat dijalankan.
"Siasatan juga mendapati wanita itu pernah ditahan kerana kesalahan yang sama, memukul suaminya pada tahun lepas.
"Bagaimanapun lelaki berkenaan kemudian menarik semula laporan polis yang dibuatnya," katanya.
Bernama
Tue Aug 30 2016

Mangsa telah membuat laporan polis, sementara isteri pula sudah melarikan diri. - Gambar hiasan

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)

Lelaki dikurung tiga wanita selama 13 hari, ditekap dengan seterika
Pande telah dikurung selama 13 hari sejak 20 Januari lalu dan diseksa dengan teruk termasuk tubuhnya ditekap dengan seterika.

Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.

Subsidi petrol: Memastikan sasaran subsidi tepat, elak ketirisan - Ahmad Maslan
Ahmad menegaskan kerajaan akan terus berusaha mencari jalan meningkatkan pendapatan negara menerusi beberapa langkah konsolidasi fiskal.

Terdesak bayar hutang 'Ah Long', lelaki bakar mesin ATM untuk curi wang
Suspek warga tempatan berusia 25 tahun bakar mesin ATM sebuah bank di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Isu bankrap: 'Nak bagi saya malu satu Malaysia' - Mawar Karim dedah individu 'S' sengaja reka cerita
Siapa pulak 'S'?

Guru rugi RM5,000 ditipu 'rakan'
Lelaki itu memberi alasan beg duit dan telefon bimbitnya hilang dan dia memerlukan wang segera untuk membayar hutang.

Sistem kewangan kukuh bantu isi rumah dan perniagaan harungi cabaran COVID-19 - BNM
BNM berkata, sebahagian besar daripada mereka terus berdaya tahan, kerana disokong penampan kewangan yang selesa.

Bantuan kepada Felda adalah kredit negatif - Moody's
Katanya, dengan imbangan tunai Felda yang mengecil, agensi milik kerajaan itu kemungkinan tidak mampu memenuhi tanggungjawabnya untuk membayar hutang tanpa bantuan kerajaan.

Tangguh pelaksanaan PGB, AMK ajak PTPTN berbincang
Perkara ini juga perlu diteliti dari sudut perjanjian sebelum ini yang dipersetujui antara PTPTN dan peminjam bagi kadar bayaran balik.

Malaysia mampu bayar hutang, tidak akan gadai kedaulatan - Mustapa
Malaysia mempunyai ekonomi yang kukuh untuk membayar semua hutang-hutang negara luar dan bukan calang-calang negara yang boleh dikompromi kedaulatannya.