Kerajaan tidak bercadang menyelaras kadar pencen pesara kakitangan awam pada masa ini untuk disesuaikan dengan kenaikan gaji yang dinikmati penjawat awam yang masih berkhidmat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, ini kerana ketika ini pesara kakitangan awam sudah menerima penyelarasan dengan kenaikan kadar pencen sebanyak dua peratus setahun.
"Tidak ada peruntukan khusus untuk menyelaraskan kadar pencen mengikut perubahan gaji...bagaimanapun mungkin perkara ini boleh dipertimbangkan (pada masa akan datang).
"Tetapi buat masa sekarang ini tidak boleh, sebab kita sudah ada penyelarasan dua peratus setahun dan tambahan pencen ini melibatkan peruntukan besar yang membabitkan 584,000 pesara," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Terdahulu, sidang dewan sedikit kecoh sewaktu sesi perbahasan rang undang-undang itu, selepas beberapa anggota Parlimen mencadangkan kerajaan menubuhkan institusi khas, khusus bagi menjaga kebajikan terutama perkara berkaitan pencen anggota Parlimen.
Perkara itu mula dibangkitkan oleh Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang menyarankan agar kerajaan memisahkan soal pengurusan gaji dan pencen anggota Parlimen daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Loke menjelaskan, anggota Parlimen tidak boleh disamakan dengan penjawat awam kerana elaun anggota Parlimen terletak bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan perkhidmatan anggota Parlimen dikira dalam bentuk penggal perkhidmatan.
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula menjelaskan, sebagai penggubal undang-undang, anggota Parlimen perlu dilindungi oleh sebuah institusi khas bagi menjamin masa depan mereka.
"Bukan orang lain menentukan masa depan kita, kita tentukan masa depan kita. Kenapa Jabatan Perkhidmatan Awam yang tentukan masa depan wakil-wakil rakyat?," katanya.
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata pewujudan sebuah institusi untuk menjaga kebajikan anggota Parlimen perlu, bagi memastikan Parlimen negara ini berada pada kedudukan tersendiri dan bertaraf dunia.
"Kita berada di sebuah institusi yang penting kepada negara. Sampai ketikanya, kerajaan perlu melihat perkara ini supaya kita boleh mencapai satu standard yang tinggi dan dihormati, sampai bila kita mahu berbincang soal gaji ini (dan pencen)," katanya.
Shahidan menjelaskan, walaupun gaji dan elaun anggota Parlimen tertakluk di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, namun kerajaan menggunakan sumber peruntukan yang sama untuk membayar pencen pesara kerajaan.
Katanya, oleh kerana kerajaan menggunakan sumber peruntukan yang sama, justeru kadar pencen anggota Parlimen juga menggunakan peraturan yang sama seperti ditetapkan untuk pesara kerajaan yang lain.
"Tetapi pada pandangan saya, untuk kita menubuhkan sesuatu lain daripada penjawat awam, kita tidak patut berbuat demikian. Kita tidak boleh memisahkan diri daripada penjawat awam," katanya.
Bernama
Tue Mar 31 2015
SHAHIDAN: Tiada cadangan selaras pencen pesara kerajaan - Gambar fail
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis
Konsep wakaf boleh diteliti sebagai gantian kepada skim pencen dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan negara.
Tubuh Suruhanjaya Gaji, teliti isu pencen, dana persaraan secara menyeluruh - Penganalisis
Kerajaan digesa tubuhkan Suruhanjaya Gaji bagi meneliti isu pencen dan pelaksanaan skim persaraan secara menyeluruh.
Kekalkan pencen, galakkan penjawat awam menabung dalam KWAP - CUEPACS
Kerajaan disaran untuk mengekalkan pelaksanaan skim pencen sedia ada kepada penjawat awam.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Wakil rakyat tidak kisah jika pencen mereka dimansuhkan
Mohd Amar berkata, urusan pencen adalah hak kerajaan dan beliau menerima apa sahaja keputusan dibuat.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Pengambilan penjawat awam tetap baharu tidak berpencen
Dasar baharu pengambilan itu akan dilaksana tahun ini dengan perinciannya diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Kerajaan jamin pencen pesara tidak berkurangan - PM
Kerajaan memberi jaminan akan menokok jumlah pencen pesara penjawat awam bagi memastikan jumlah pencen mereka tidak berkurangan daripada apa yang telah diterima ketika ini.
Isu kemiskinan warga emas: Skim pekerjaan khas dicadang diwujudkan
Pelaksanaan cadangan itu juga boleh menangani isu kesepian dan keterpinggiran dalam kalangan warga emas.