KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas SPRM menyiasat dan meneliti dakwaan itu.
"Setelah mendapat laporan, SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mohd Nazlan berhubung dengan kes rasuah.
"SPRM telah meneliti kes tersebut dan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan. Perkara ini telah dipersetujui Pejabat Peguam Negara," katanya di Dewan Negara di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Datuk A Jesavadas mengenai status siasatan ke atas dakwaan rasuah dan percanggahan konflik membabitkan Mohd Nazalan ketika mengendalikan kes SRC International.
Menyentuh mengenai konflik kepentingan, Anwar menjelaskan, perkara tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan bagi mengemukakan keterangan baharu.
"Dengan kata lain, isu konflik kepentingan telah diputuskan secara muktamad oleh makamah tinggi negara.
"Pada 9 Ogos 2022, pihak defenden telah menarik balik dakwaan ke atas Mohd Nazlan. Alasan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah relevan kerana memuktamadkan kes ini bahawa sumber wang yang diselewengkan dari SRC Internation tidak relevan bagi tujuan pembuktian pertuduhan melibatkan kesalahan jenayah, pecah amanah," ujarnya.
Beliau menjelaskan, elemen penting untuk dibuktikan bagi pertuduhan itu adalah sama ada tertuduh mempunyai dominasi terhadap dana yang diselewengan itu atau sebaliknya.
"Jadi Mahkamah Persekutuan mendapati tiada kaitan antara pekerjaan terdahulu Hakim Mohd Nazlan di Maybank dengan pertuduhan itu. Sumber dana yang diselewengkan juga tidak relevan itu juga diakui peguam defendan.
"Jika sumber yang diselewengkan itu tidak relevan maka peranan Hakim Mohd Nazlan juga tidak relevan.
"Demikian keputusan Mahkamah Persekutuan dan kerajaan mengakui keputusan ini," ujarnya.
Pada Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu merupakan Hakim Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta.
Dalam pada itu, ketika menjawab soalan asal Kesavadas mengenai sejauh mana SPRM serius untuk menyiasat segala perilaku rasuah dan salah guna kuasa yang membabitkan bekas-bekas Perdana Menteri, Anwar berkata, SPRM perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas secara bebas dan berkecuali termasuk membabitkan siasatan terhadap tokoh politik dan bekas pemimpin negara.
"Orang-orang yang menganggap ini siasatan bermotif politik, harus melihat kepada fakta dan bukan sentimen politik untuk kelirukan rakyat.
Umavathi Ramayah
Mon Jun 19 2023

Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas SPRM menyiasat dan meneliti dakwaan membabitkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. - Foto Japen
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.
META akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Ujian Community Notes di platform META akan dimulakan untuk menggantikan program pemeriksaan fakta pihak ketiga.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Niaga Spotlight: Addressing depopulation: fertility after 40
Depopulation and demographic shifts are a topic of global economic conversations in 2025.
In Malaysia, the total fertility rate (TFR) has declined to 1.7 births per woman in 2020, the lowest in over four decades and below the replacement level of 2.1 children per woman.
Meanwhile, mothers aged 30-39 years recorded the highest live births in the first quarter 2024 i.e; 55,864 births (52.5%), while mothers aged 40 years and over recorded 6,383 births (6.0%)
This trend is influenced by socioeconomic factors such as increased educational attainment and career focus among women, leading to delayed marriage and childbearing.
In Malaysia, the total fertility rate (TFR) has declined to 1.7 births per woman in 2020, the lowest in over four decades and below the replacement level of 2.1 children per woman.
Meanwhile, mothers aged 30-39 years recorded the highest live births in the first quarter 2024 i.e; 55,864 births (52.5%), while mothers aged 40 years and over recorded 6,383 births (6.0%)
This trend is influenced by socioeconomic factors such as increased educational attainment and career focus among women, leading to delayed marriage and childbearing.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf tolak permohonan semakan kehakiman - Badan Peguam
Menurut Badan Peguam, terdapat beberapa persoalan undang-undang baharu berhubung pindaan penting kepada Perlembagaan Persekutuan.

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan

Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.

Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.

UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.

'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib
Najib mendakwa tidak mengganggu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat ketika itu.