MELAKA: Tiada arahan dikeluarkan di peringkat Persekutuan berkaitan bekerja dari rumah (BDR) atau sistem penggiliran melibatkan penjawat awam di Melaka, meskipun berlaku peningkatan kes harian COVID-19.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari berkata setakat ini semua penjawat awam di Melaka masih bekerja mengikut ketetapan biasa, dan jika berlaku penularan kes membabitkan satu-satu jabatan atau pejabat kerajaan negeri, hanya premis itu sahaja yang akan ditutup bagi membendung penularan.
"Memang benar ada kes jangkitan berlaku di kebanyakan jabatan dan agensi kerajaan, namun setakat ini semuanya masih terkawal. Tetapi jika penularan itu meningkat dan memaksa penutupan pejabat, maka kita akan ikut saranan untuk menutup premis dan menguatkuasakan BDR, hanya kepada jabatan tersebut sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas kejohanan Melaka Tourism Golf Challenge 2022 di Ayer Keroh Country Club di sini hari ini.
Tambahnya keperluan untuk menutup jabatan itu bergantung kepada ketua-ketua jabatan sebelum merujuk kepada Jabatan SUK negeri.
Setakat ini jelasnya, tiada pejabat kerajaan di Melaka ditutup sepenuhnya hingga memerlukan pelaksanaan BDR, sebaliknya premis yang ditutup hanyalah sementara bagi membolehkan pelaksanaan proses sanitasi dilakukan mengikut keluasan pejabat dan jabatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022

Tiada arahan dikeluarkan di peringkat Persekutuan berkaitan bekerja dari rumah (BDR) atau sistem penggiliran melibatkan penjawat awam di Melaka, meskipun berlaku peningkatan kes harian COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Tiada arahan untuk laksana BDR babitkan penjawat awam di Melaka - SUK
Tiada arahan dikeluarkan di peringkat Persekutuan berkaitan bekerja dari rumah (BDR) atau sistem penggiliran melibatkan penjawat awam di Melaka.