Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih tidak dapat memulakan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi sehingga pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih mencapai tahap 0 ton.
Air Selangor menjelaskan setakat bacaan direkod 11 pagi semalam (22 Dis) kadar pencemaran telah turun ke paras 1 ton, dan pihaknya menjangkakan ia akan turun ke paras 0 ton sekiranya hujan lebat pada belah petang yang diharapkan dapat mempercepat proses pencairan pencemaran itu.
"Namun berdasarkan pemantauan sehingga 6 pagi hari ini, kadar pencemaran bau masih kekal di paras 1 ton dan adakalanya naik ke 2 ton, jadi kita masih belum dapat memulakan pengoperasian di dua LRA ini sehingga pencemaran bau ini mencapai paras 0 ton," menurut Air Selangor lagi..
Air Selangor berkata penangguhan pengoperasian kedua-dua LRA itu perlu bagi mengelakkan bau yang tidak diingini berlaku pada air terawat di LRA terbabit dan seterusnya menjejaskan pengguna.
"Kita telah turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsertium Sdn Bhd (IWK), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bagi menangani masalah pencemaran bau ini.
"Air Selangor amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang mencemarkan sungai sehingga menyulitkan semua pihak terutamanya 336,930 akaun pengguna air di wilayah sini," demikian menurut kenyataan itu.
BACA: Air Selangor tambah pili awam kawasan terjejas bekalan air
BACA: Sungai Semenyih tercemar lagi, lebih 328,000 pengguna berdepan gangguan bekalan air
Air Selangor turut berkata sementara itu pihaknya akan menyalurkan bantuan bekalan kecemasan berterusan melalui lori-lori tangki air, edaran botol air minum, pengaktifan Pusat Khidmat Setempat dan 14 Pili Awam yang akan beroperasi 24 jam sehari di lokasi terbabit di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
"Kaunter pembelian air untuk pihak ketiga juga telah dibuka bermula hari ini dan boleh dilakukan menerusi kaunter-kaunter di wilayah tidak terjejas di Kuala Lumpur, Gombak dan Klang," katanya.
BACA: Jumlah gangguan air masih terkawal - MB Selangor
BACA: Pembuangan sisa secara haram, jejas operasi loji IWK
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status semasa pencemaran bau itu boleh melayari laman web www.airselangor.com atau menghubungi Air Selangor di talian 15300.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019
![Tiada air hingga pencemaran bau capai 0 ton - Air Selangor Tiada air hingga pencemaran bau capai 0 ton - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474641141_LojiRawatanAir.jpg)
Penangguhan pengoperasian LRA itu perlu bagi mengelakkan bau yang tidak diingini berlaku pada air terawat di LRA terbabit dan seterusnya menjejaskan pengguna. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
![Sumber air mentah perlu dipelbagaikan bagi atasi masalah bekalan air - Pakar Sumber air mentah perlu dipelbagaikan bagi atasi masalah bekalan air - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611984570_Azuhan.jpg)
Sumber air mentah perlu dipelbagaikan bagi atasi masalah bekalan air - Pakar
Menurut Profesional Persekitaran Air, Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed, masih belum terlambat untuk pihak berkenaan untuk mempelbagaikan sumber air mentah.
![Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657099797_LRASungaiDuadihen.jpg)
Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP
Loji tersebut terpaksa dihenti tugas selama kira-kira empat jam sejak lapan pagi tadi ekoran air mentah dari Sungai Muda terlalu keruh untuk dirawat dengan selamat.
![Tiada keputusan jual air kepada Pulau Pinang - MB Perak Tiada keputusan jual air kepada Pulau Pinang - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638444046_SaaraniMenteriBes.jpg)
Tiada keputusan jual air kepada Pulau Pinang - MB Perak
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini kerajaan negeri juga tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang.
![66 peratus kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor 66 peratus kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71589476718_WaterPipe.jpg)
66 peratus kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor
Pemulihan di kawasan Gombak adalah sebanyak 100 peratus manakala Kuala Lumpur, 57 peratus dengan 20 kawasan masih belum pulih.
![Perak belum muktamad keputusan jual air mentah kepada Pulau Pinang Perak belum muktamad keputusan jual air mentah kepada Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617226198_SaaraniMohamad.jpg)
Perak belum muktamad keputusan jual air mentah kepada Pulau Pinang
Pihaknya sedang memberi keutamaan penyaluran sumber berkenaan ke kawasan domestik, terutama di daerah Kerian terlebih dahulu.
![Isu air mentah: Kedah, P.Pinang perlu segera cari kesepakatan Isu air mentah: Kedah, P.Pinang perlu segera cari kesepakatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616985318_sungaimuda.jpg)
Isu air mentah: Kedah, P.Pinang perlu segera cari kesepakatan
Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air mentah.
![Bayar dulu air mentah dari Kedah sebelum komen macam-macam - Sanusi bidas PBAPP Bayar dulu air mentah dari Kedah sebelum komen macam-macam - Sanusi bidas PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601525850_MuhammadSanusiMdN.jpg)
"Bayar dulu air mentah dari Kedah sebelum komen macam-macam" - Sanusi bidas PBAPP
MB Kedah harap PBAPP bayar tuntutan RM50 juta setahun bagi caj air mentah sebelum keluar sebarang kenyataan atau kritikan.
![Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602055077_AcrylSani.jpg)
Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis
Dua lelaki disyaki terlibat dengan pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan sehingga berlaku gangguan bekalan air di Selangor ditahan pada Selasa.
![Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51601946694_UjiAir.jpg)
Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih
LRA Bukit Tampoi bagaimanapun masih menunjukkan sisa pencemaran pada muka sauk dan belum boleh mula beroperasi.