IPOH: Tiada sebarang aduan atau laporan diterima melibatkan pemotongan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh pihak sekolah sejak ia diagihkan di seluruh negara bermula 10 Jan lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah maklumkan kepada pihak sekolah supaya bantuan sebanyak RM150 bagi seorang pelajar diterima oleh ibu bapa atau murid kerana ia bertujuan meringankan persiapan persekolahan.
"Sebelum ini, KPM (Kementerian Pendidikan) pernah menerima aduan bahawa ada sedikit penolakan daripada BAP yang telah dikenakan atas alasan pembayaran yuran dan sebagainya. Ia memang berlaku.
"Namun untuk tahun ini, tiada aduan yang diterima dan kita telah berikan mesej jelas kepada semua sekolah supaya bantuan berjumlah RM150 bagi seorang pelajar itu mesti sampai kepada ibu bapa atau murid tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Negeri Perak 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy di sini hari ini.
Terdahulu, Wong turut menyerahkan BAP berjumlah RM48.8 juta kepada Pengarah Pendidikan Perak Datuk Muhamad Fauzi Mahson untuk disalurkan kepada 325,162 murid di 1,104 sekolah di negeri itu.
Wong turut berharap penyaluran BAP itu berjalan lancar sehingga tarikh akhir proses berkenaan iaitu pada 10 Feb ini.
Pada 16 Okt tahun lepas, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak RM788 juta diperuntukkan melalui BAP yang memberi manfaat kepada 5.25 juta murid di seluruh negara.
Bantuan yang diberikan secara sekali bayar itu disalurkan melalui sekolah dengan diagihkan kepada setiap ibu bapa murid secara tunai atau dikredit ke akaun masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
![Tiada aduan pemotongan Bantuan Awal Persekolahan - Wong Tiada aduan pemotongan Bantuan Awal Persekolahan - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653648939_TimbalanPengerusi.jpg)
Wong berharap penyaluran BAP itu berjalan lancar sehingga tarikh akhir proses berkenaan iaitu pada 10 Feb ini. - Gambar fail
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![KPM teliti cadangan agih wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus KPM teliti cadangan agih wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677564832_TBLimHuiYing.jpg)
KPM teliti cadangan agih wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus
KPM sedang meneliti cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun pelajar sepenuhnya.
![KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674003132_MenteriPendidikanF.jpg)
KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan
Ini termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.
![Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647833958_950x600.jpg)
Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan
Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.
![Bajet 2023: Bantuan awal persekolahan dinaik RM150, diberi kepada semua murid Bajet 2023: Bantuan awal persekolahan dinaik RM150, diberi kepada semua murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665135026_950x600.jpg)
Bajet 2023: Bantuan awal persekolahan dinaik RM150, diberi kepada semua murid
Kerajaan menaikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150 berbanding RM100 dan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya pada tahun hadapan.
![Bantuan awal persekolahan RM327 juta tahun ini-Mahdzir Bantuan awal persekolahan RM327 juta tahun ini-Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518131138_AwaniJr.jpg)
Bantuan awal persekolahan RM327 juta tahun ini-Mahdzir
RM327 juta ringgit diperuntukkan untuk bantuan awal persekolahan 2018 kepada pelajar seluruh negara bagi meringankan beban kewangan keluarga.