Thailand mahu memperluaskan kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) meliputi Pahang dan Terengganu, bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi menerusi perdagangan antara kawasan selatan negara itu dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Supanat Sirintawinet, berkata walaupun IMT-GT diperkenalkan kira-kira 12 tahun lepas, namun hasil yang diperoleh menerusi sektor perdagangan antara kawasan yang terlibat masih kurang memberangsangkan.
"Jika ia diperluaskan ke Terengganu dan Pahang, saya yakin ia mampu merancakkan lagi perdagangan antara kawasan-kawasan yang terlibat, terutama di sekitar sempadan Thailand dan Malaysia," katanya menerusi jurubahasa ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam anjuran Konsulat Diraja Thailand di sini malam tadi.
Hadir sama Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu Paitoon Songkaeo.
Supanat berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan wakil dari Malaysia bulan lepas bagi membincangkan perkara berkenaan.
Beliau berkata perkara lain yang dibincangkan termasuk meluaskan jambatan di Sungai Golok, Rantau Panjang dan pembinaan jambatan baharu yang menghubungkan Pekan Tak Bai dengan Pengkalan Kubor di Tumpat.
IMT-GT membabitkan 14 wilayah di Selatan Thailand iaitu Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phattalung, Satun, Songkhla, Trang, Yala, Chumphon, Ranong, Surat Thani, Phang Nga dan Phuket manakala lapan negeri di Semenanjung Malaysia pula membabitkan Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Selangor.
Di Indonesia, 10 wilayah terlibat iaitu Aceh, Bangka-Belitung, Bengkulu, Jambi, Lampung, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, Sumatera Barat, Riau dan Kepulauan Riau di Sumatera.
Terdapat sejumlah 54 juta penduduk di kawasan IMT-GT.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2017
![Thailand berhasrat perluas IMT-GT ke Terengganu, Pahang Thailand berhasrat perluas IMT-GT ke Terengganu, Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505446495_Thailandflag.jpg)
IMT-GT membabitkan 14 wilayah di Selatan Thailand iaitu Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phattalung, Satun, Songkhla, Trang, Yala, Chumphon, Ranong, Surat Thani, Phang Nga dan Phuket. Gambar fail.
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![IMT-GT rekod nilai dagangan AS$727 bilion pada 2022 - Rafizi IMT-GT rekod nilai dagangan AS$727 bilion pada 2022 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694418121_RafiziRamli.jpg)
IMT-GT rekod nilai dagangan AS$727 bilion pada 2022 - Rafizi
Pertumbuhan Segitiga subwilayah Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) merekodkan nilai dagangan AS$727 bilion pada 2022 berbanding AS$618 bilion (AS$1=RM4.69) yang dicatatkan pada 2021.
![IMT-GT platform koordinasi pengurusan lestari - MB Perak IMT-GT platform koordinasi pengurusan lestari - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691566484_SaaraniMohamad.jpg)
IMT-GT platform koordinasi pengurusan lestari - MB Perak
Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) merupakan platform antara ketiga-tiga negara melaksanakan usaha berkoordinasi bagi pengurusan lestari sumber semula jadi.
![IMT-GT tumpu usaha pemulihan ekonomi menjelang fasa endemik IMT-GT tumpu usaha pemulihan ekonomi menjelang fasa endemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635401629_RozaliIsmail.jpg)
IMT-GT tumpu usaha pemulihan ekonomi menjelang fasa endemik
Majlis Bersama Perniagaan Malaysia melaksanakan beberapa dasar fiskal dalam usaha ke arah pemulihan semula ekonomi dalam fasa endemik.
![PH perkenal dasar baharu dalam Kajian Separuh Penggal RMK-11 - Azmin PH perkenal dasar baharu dalam Kajian Separuh Penggal RMK-11 - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531793782_Parlimen.jpg)
PH perkenal dasar baharu dalam Kajian Separuh Penggal RMK-11 - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata strategi-strategi itu sedang diteliti secara terperinci oleh Unit Perancang Ekonomi.
![Thailand berhasrat perluas IMT-GT ke Terengganu, Pahang Thailand berhasrat perluas IMT-GT ke Terengganu, Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505446495_Thailandflag.jpg)
Thailand berhasrat perluas IMT-GT ke Terengganu, Pahang
Walaupun IMT-GT diperkenalkan kira-kira 12 tahun lepas, namun hasil yang diperoleh menerusi sektor perdagangan antara kawasan yang terlibat masih kurang memberangsangkan.
![Sidang Kemuncak IMT-GT lulus 40 projek bernilai RM204 bilion Sidang Kemuncak IMT-GT lulus 40 projek bernilai RM204 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51493514019_DatukSeriAbdulRah.jpg)
Sidang Kemuncak IMT-GT lulus 40 projek bernilai RM204 bilion
Dokumen perancangan IMT-GT menyenaraikan sebanyak 40 projek kesalinghubungan fizikal dengan anggaran kos sebanyak AS$47 bilion.