Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH pada 23 Mei.
"Lembaga Tabung Haji mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di atas perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi TH," kata Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH dalam satu kenyataan.
Abdul Azeez dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 2011 sebelum dilantik sebagai Pengerusi pada 1 Julai 2013.
Semalam, Abdul Azeez dilaporkan berkata telah meletak jawatannya dalam TH pada 14 Mei lalu, beberapa hari selepas Pakatan Harapan mengalahkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Ahli Parlimen Baling itu juga mengesahkan dua rumahnya di Subang, Selangor dan di Baling, Kedah telah dikunjungi beberapa anggota beberapa anggota Suruhanjaya pada Selasa.
BACA: Wang tunai, barang kemas isteri Azeez Abdul Rahim dirampas SPRM
Ketika penggeledahan, SPRM dilaporkan merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta.
SPRM juga telah membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Difahamkan serbuan dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan TH.
Astro Awani
Thu May 24 2018
![TH terima surat peletakan jawatan Abdul Azeez TH terima surat peletakan jawatan Abdul Azeez](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527112253_AbdulAzeezRahim.jpg)
Abdul Azeez dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 2011 sebelum dilantik sebagai Pengerusi pada 1 Julai 2013. - BERNAMA/Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Najib tahu Jho Low curi wang 1MDB sejak 2015 - Tong Najib tahu Jho Low curi wang 1MDB sejak 2015 - Tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51543112051_JHOLOW.jpg)
Najib tahu Jho Low curi wang 1MDB sejak 2015 - Tong
Tong juga menyatakan, Datuk Seri Nazir Razak, iaitu adik Najib, telah pergi ke London bersama Tong untuk menemui Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan masalah 1MDB ini.
![Jumlah pendeposit TH kembali stabil - Pengerusi TH Jumlah pendeposit TH kembali stabil - Pengerusi TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455982483_AbdulAzeezAbdulRahim.jpg)
Jumlah pendeposit TH kembali stabil - Pengerusi TH
Jumlah pendeposit Tabung Haji kembali stabil setelah rakyat mula meletakkan kepercayaan semula kepada TH, kata pengerusi TH.
![Apandi tidak dibayar, pelantikan prerogatif menteri - Lembaga Pengarah TH Apandi tidak dibayar, pelantikan prerogatif menteri - Lembaga Pengarah TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453780664_APANDIALI.jpg)
Apandi tidak dibayar, pelantikan prerogatif menteri - Lembaga Pengarah TH
Tambah Abdul Azeez, pelantikan Mohamed Apandi itu bukan luar biasa kerana bekas peguam negara dahulu turut dilantik sebagai lembaga pengarah syarikat.
![TH jawab dakwaan kedudukan kewangan, agihan dividen minggu depan - Abdul Azeez TH jawab dakwaan kedudukan kewangan, agihan dividen minggu depan - Abdul Azeez](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448534913_AbdulAzeezAbdulRahim.jpg)
TH jawab dakwaan kedudukan kewangan, agihan dividen minggu depan - Abdul Azeez
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pembayaran dividen TH akan diumumkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina.
![Najib perlu pertimbang jawatan Abdul Azeez di Tabung Haji - UMNO Cheras Najib perlu pertimbang jawatan Abdul Azeez di Tabung Haji - UMNO Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/51424670584_295x200.jpg)
Najib perlu pertimbang jawatan Abdul Azeez di Tabung Haji - UMNO Cheras
Syed Mehdhar menuntut Najib menasihatkan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim supaya meletakkan jawatan.
![Abdul Azeez yakin akar umbi bijak nilai pemimpin Abdul Azeez yakin akar umbi bijak nilai pemimpin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41379864513_295x200.jpg)
Abdul Azeez yakin akar umbi bijak nilai pemimpin
Beliau yakin anggota Umno di peringkat akar umbi bijak untuk menilai pemimpin yang benar-benar berjuang untuk parti.