ALOR SETAR: Menjejakkan kaki ke wad yang dipenuhi pesakit COVID-19 umpama membawa diri ke medan tempur, namun ia lebih mendebarkan lantaran senjata tidak boleh dibidik ke arah lawan kerana musuh tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Memang sangat risau, bimbang dan takut. Setiap hari kami berhadapan dengan mereka (pesakit) yang positif COVID-19 dan yang paling merisaukan, sekiranya kami terbawa balik virus yang mampu membunuh ini ke rumah dan menjangkiti anak-anak serta ahli keluarga yang lain.
"Namun, demi tugas dan tanggungjawab serta amanah, kami reda melaksanakan tanggungjawab ini untuk semua dan selebihnya, nasib perjuangan kami ini kami berserah sepenuhnya kepada Allah," kata Ketua Jururawat Wad COVID-19 Hospital Kuala Nerang (HKN) Mimi Yusmiza Yahya kepada Bernama di sini.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata perjuangan beliau dan rakan-rakan bukanlah sesuatu yang mudah dan ini memerlukan sokongan semua pihak terutamanya orang ramai.
"Bantulah kami 'merdekakan' tanah air kita daripada wabak yang menjadi musuh nombor satu negara ini.
"Dalam memerangi COVID-19 ini sangat penting untuk kita semua terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) kerana COVID-19 datang tanpa syarat, tanpa isyarat dan tanpa mengira sesiapa pun, ia membunuh sesuka hati!
"Kasihanilah kami para petugas barisan hadapan yang tanpa jemu siang dan malam berperang dengan musuh yang kami sendiri tak nampak dan tahu bila akan berakhir.
"Penat lelah ini hanya akan hilang apabila nampak penurunan kes dari sehari ke sehari," katanya.
Mimi Yusmiza berkata sokongan kuat daripada rakan sekerja juga amat membantu sesama mereka dalam menghadapi serangan 'musuh licik' ini, selain mendapat dorongan semangat daripada ahli keluarga masing-masing.
Sementara itu, Pengarah HKN Dr Muhammad Syauqi Abdul Kadir berkata HKN adalah hospital COVID-19 sepenuhnya bagi menempatkan pesakit kategori 3 hingga 5 dari seluruh Kedah.
"Apabila dipilih sebagai hospital COVID-19 negeri, ia satu cabaran besar namun, ia disahut semua lapisan kepimpinan dan kakitangan hospital tanpa mengenal lelah dan putus asa.
"Ilmu dan kemahiran dipelajari dalam masa singkat, rawatan pesakit COVID-19 diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang terbaik. Ya letih, tapi itu adalah lumrah dalam berjuang," katanya.
Beliau berkata walau apa juga rintangan, taat setia dan sumpah janji tetap dipegang kemas dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Kedah merupakan antara negeri tertinggi mencatatkan kes positif COVID-19 dengan melebihi empat angka setiap hari dan masih belum menunjukkan penurunan.
Peningkatan ini disebabkan jangkitan wabak yang sudah berada dalam masyarakat, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo.
"Kes telah berada di kawasan bandar dan desa, di tempat kerja dan tempat awam, di taman perumahan dan kampung. Majoriti kes baharu di Kedah dikesan daripada saringan kontak rapat iaitu sekitar 60 peratus, saringan bergejala 20 peratus dan saringan kendiri 10 peratus.
"Kewujudan varian Delta di Kedah pula menyebabkan jangkitan lebih mudah dan cepat dengan kadar kebolehjangkitan lebih besar. Seorang yang positif boleh menjangkiti semua ahli keluarga beliau," katanya.
Beliau berkata keadaan bertambah buruk apabila ada segelintir ahli masyarakat tidak mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu seperti tidak memakai pelitup muka dengan sempurna di tempat awam, makan beramai-ramai ketika rehat di tempat kerja dan berkumpul tanpa penjarakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Kasihanilah kami para petugas barisan hadapan yang tanpa jemu siang dan malam berperang dengan musuh yang kami sendiri tak nampak dan tahu bila akan berakhir. -Gambar fail
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.