Ketua Menteri Datuk Abang Johari Openg mahu umat Islam di Sarawak terus berpegang kepada kesederhanaan atau konsep wasatiyyah dalam aspek kehidupan dan pandangan mereka.
Beliau berkata konsep wasatiyyah adalah jalan ke arah masa hadapan yang lebih cerah untuk umat Islam di negeri ini dan juga untuk penganut agama lain.
Katanya Islam sentiasa menegakkan keadilan sebagai suatu prinsip, sama ada untuk umat Islam atau orang bukan Islam.
"Saya percaya kaum bukan Islam boleh menerima kepimpinan seorang pemimpin Islam kerana sebagai umat Islam kita sentiasa berusaha untuk memberi keadilan kepada semua, Islam dan bukan Islam.
"Islam menegah umatnya menidakkan hak kaum lain dalam semua bentuk, kecil atau besar," katanya dalam perutusan Aidilfitri 2017.
Abang Johari berkata rakyat Sarawak merasa bertuah kerana negeri ini terus mampu mengekalkan keharmonian agama dan sosialnya yang telah terbina sejak sekian lama.
Menurutnya rakyat di Sarawak tidak bertelagah sesama sendiri mengenai agama dan hubungan sosial kerana semangat hormat-menghormati antara satu sama lain sudah menjadi budaya masyarakat di negeri ini.
"Tidak dinafikan bahawa sebagai sebuah masyarakat yang pelbagai dari segi agama, budaya dan keturunan kita mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan dalam banyak perkara dan isu.
"Alhamdulillah perbezaan kita selama ini dalam banyak aspek tidak menjadi benteng pemisah antara kita kerana kita mampu berbincang secara rasional dan mencari persamaan, mencari penyelesaian secara konsensus dan berpegang kepada sikap bertolak ansur," katanya.
Abang Johari juga mahu seluruh anak Sarawak, tidak kira bangsa atau keturunan untuk sama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian di negeri ini.
"Kita tidak akan membenarkan sesiapapun untuk meracuni pemikiran rakyat dan melahirkan perasaan hasad dan dengki antara satu sama lain. Perpecahan dan perbalahan antara rakyat tidak akan menguntungkan sesiapa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2017

ABANG JOHARI: Alhamdulillah perbezaan kita selama ini dalam banyak aspek tidak menjadi benteng pemisah antara kita kerana kita mampu berbincang secara rasional dan mencari persamaan. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.

Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.

Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.

Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.

SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.

Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.

Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.