GEORGE TOWN: Dua beradik yang kritikal selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Kedah pada Ahad lepas masih belum sedarkan diri dan kritikal setakat ini.
Kedua-dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.
Ibu mereka Nurain Hasnorizal, 25, berkata anak sulungnya Muhammad Akil Syauqi langsung tiada tindak balas badan dan paling kritikal berbanding adiknya dengan kedua-duanya masih koma.
"Menurut doktor yang merawat, abang paling kritikal dan sehingga sekarang masih tiada tindak balas badan langsung, manakala adik pula tekanan darah 'ok', kedua-duanya masih koma sekarang dan saya mohon doa semua untuk anak-anak saya.
"Doktor sedang berusaha sebaik mungkin, doktor sedang beri beberapa jenis ubat termasuk antibiotik, cuma sampai hari ini kedua-duanya masih belum sedar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HPP, di sini hari ini.
Semalam dilaporkan dua beradik lelaki kritikal selepas dipercayai termakan keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi di Kulim dan Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata ibu kepada dua beradik itu menyedari kejadian pada 11 pagi selepas anak-anaknya muntah dan mengalami mulut berbuih.
Kedua-dua mangsa dipercayai mengambil satu peket keropok mengandungi racun tikus yang digantungkan pada dawai besi di sekeliling pagar kebun berdekatan, dipercayai digunakan untuk memerangkap monyet.
Mengulas lanjut, Nurain berkata ketika ini harapannya agar kedua-dua anaknya itu dapat sembuh segera, namun beliau redha dengan takdir yang telah berlaku.
Beliau juga masih belum memikirkan tindakan yang akan diambil kepada pemilik kebun yang juga jiran mereka yang dipercayai telah menggantung keropok mengandungi racun tikus itu kira-kira 50 meter dari rumah keluarganya.
''Saya tidak fikir nak buat apa, sekarang ini saya hanya fikirkan anak-anak, mungkin selepas anak sihat saya akan buat keputusan. Saya akan bincang dengan keluarga selepas ini, saya serah kepada keluarga," katanya.
Menurut beliau, sebelum ini keropok yang diletakkan racun memang ada diletakkan di kawasan kebun berkenaan namun ia diletakkan di bahagian belakang kebun tersebut.
''Monyet memang banyak di kawasan kebun itu, sekarang pula musim buah-buahan, jadi mungkin pemilik kebun letakkan keropok yang ada racun bagi mengelakkan monyet memusnahkan kebun, tetapi kali ini pemilik letakkan keropok yang ada racun di bahagian depan kebun pula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024
![Termakan keropok beracun: Dua beradik masih tidak sedarkan diri Termakan keropok beracun: Dua beradik masih tidak sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720436274_TBkeropokracun.jpg)
Datuk kepada mangsa Muhammad Nazar menunjukkan gambar Muhammad Luth ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Padang Ubi. Gambar kecil: Muhammad Akil.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Keropok racun: Jenazah Luth disemadikan bersebelahan kubur abang Keropok racun: Jenazah Luth disemadikan bersebelahan kubur abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720801944_TBLuth.jpg)
Keropok racun: Jenazah Luth disemadikan bersebelahan kubur abang
Jenazah Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan selamat disemadikan bersebelahan pusara abangnya, Muhammad Akil Syauqi.
![Keropok beracun: Muhammad Luth meninggal dunia Keropok beracun: Muhammad Luth meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720768360_MuhammadLuthSyauqi.jpg)
Keropok beracun: Muhammad Luth meninggal dunia
Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia pada Jumaat.
![Termakan keropok beracun: Dua beradik masih tidak sedarkan diri Termakan keropok beracun: Dua beradik masih tidak sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720436274_TBkeropokracun.jpg)
Termakan keropok beracun: Dua beradik masih tidak sedarkan diri
Kedua-dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).