Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Indonesia pukul 6.05 petang waktu tempatan dalam memulakan lawatan rasmi dua hari ke republik ini.

Beliau yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali diberi penghormatan negara apabila Presiden, Joko Widodo dan isteri Iriana Widodo menyambut kedua-dua pemimpin itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini.

Tun Dr Mahathir kelihatan cergas dan bertenaga semasa turun dari pesawat sebentar tadi untuk menyuntik dimensi baharu hubungan serumpun Malaysia-Indonesia.

Astro AWANI menyiarkan secara langsung melalui FB Live ketibaan PM sebentar tadi: