Media sosial hari ini dipenuhi dengan dedikasi kepada insan yang bergelar guru.
Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei, semua lapisan masyarakat - terutamanya mereka yang dewasa - mengimbas kembali kenangan bersama mereka.
Ia sebagai satu langkah untuk mengingati jasa dan pengorbanan mereka.
Selain kenangan manis dan lucu... pastinya ada yang pernah kena marah dan rotan bukan?
Berikut adalah antara kisah, ucapan dan gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial dengan hashtag #TerimaKasihCikgu:
Ucapan #TerimaKasihCikgu pemimpin
Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tugas murni guru masih menjadi tunjang utama dalam memastikan generasi kini dan akan datang menjadi insan cemerlang dan mampu meneruskan perjuangan memimpin negara.
Katanya, penat lelah, jerih payah para guru hanyalah kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk pelajar mereka.
"Saya masih ingat waktu saya belajar dahulu, guru-guru saya pada ketika itu sangat berdedikasi. Walaupun mereka tegas, namun dalam ketegasan itu terselit rasa kasih dan sayang.
"Alhamdulillah, saya berada di mana saya berada sekarang berkat hasil didikan mereka," katanya dalam Ucapan Hari Guru bersempena Hari Guru yang disambut esok, di dalam blognya NajibRazak.com.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tugas guru pada hari ini lebih mencabar.
“Ketika negara kita sedang menuju ambang negara maju, di bahu para guru terpikul satu amanah yang besar untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu kemajuan negara.
“Murid perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu untuk membolehkan mereka bersaing dalam persekitaran yang lebih kompetitif, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,” katanya yang juga merupakan Menteri Pendidikan.
Tambahnya, tema Hari Guru pada tahun ini "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" adalah amat bertepatan sekali dengan matlamat melahirkan insan yang seimbang. Saya percaya dengan pelbagai inisiatif yang dirancang di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025, dan sokongan guru-guru dalam menjayakannya, cita-cita murni untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia akan kita capai.
“Kepada guru-guru saya menyeru supaya anda semua berkhidmat dengan lebih gigih, tekun, berdisiplin dan amanah. Saya percaya kegigihan anda semua melaksanakan tugas akan melonjakkan mutu pendidikan di negara kita ke tahap yang terbaik,” katanya.
Astro Awani
Sat May 16 2015
#TerimaKasihCikgu: Warga media sosial kongsi kenangan bersama guru kesayangan mereka.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.