Dalam kesibukan petugas-petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan dan pasukan perubatan dalam menghadapi musibah COVID-19, sumbangan pelbagai pihak membuatkan golongan ini sangat terharu dengan keperihatinan berterusan yang ditunjukan oleh rakyat Malaysia.
Satu panggilan telefon daripada seorang rakan yang bertugas di Hospital Serdang menyatakan ada kebanyakan petugas terlalu sibuk dan tiada masa untuk keluar mendapatkan bekalan makanan segera menjentik rasa tanggungjawab rakan-rakan AWANI Junior (AWANIJr) untuk menghulur bantuan.
Bersama-sama sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZAL) sepakat untuk melakukan sumbangan kepada para petugas di hospital berkenaan pada Selasa.
Inisiatif itu berjaya mengumpulkan dana untuk menyalurkan sumbangan makanan bagi tempoh dua hari kepada barisan hadapan Hospital Serdang .
“ Terima kasih kepada rakan-rakan AWANIJr dan SMASZAL dan juga orang persendirian dan pertubuhuhan Empirical Malaysia yang prihatin dan sudi memberikan sumbangan ini.
“Kami kaiitangan di Hospital Serdang sangat terharu dan bangga mempunyai rakyat Malaysia yang prihatin seperti anda. Teruskan berusaha bantu kami melawan COVID -19!” kata petugas Hospital Serdang, Mohd Noorfadlee Deraman, 43.
Difahamkan ramai petugas yang terpaksa bekerja lebih daripada 12 jam sehari dan tidak pulang ke rumah dalam beberapa tempoh waktu bagi menumpukan tugas menangani krisis COVID -19.
Para petugas kesihatan juga tidak dapat pulang ke rumah kerana demi menjaga keselamatan keluarga masing-masing.
Menurut Fadlee, sebelum ini terdapat juga beberapa orang perseorangan yang memahami kesibukan petugas-petugas kesihatan tampil menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada mereka.
Astro Awani
Tue Mar 24 2020

Petugas-petugas kesihatan Hospital Serdang menerima sumbangan makanan daripada AWANIJr dan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Terima kasih AWANIJr dan SMASZAL - Petugas Hospital Serdang
Petugas Hospital Serdang yang sedang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19 terima sumbangan AWANIJr.

#AwaniJr: AWANI Junior buka jalan pelajar bina haluan kerjaya
Kerajaan Negeri Terengganu sedia menjalinkan kerjasama dengan Astro Awani ke arah memperkasakan lagi pendidikan di negeri itu.