Kegembiraan empat sekawan untuk memancing ikan bertukar menjadi tragedi apabila seorang daripada mereka maut berikutan tergelincir di Air Kulim, Kenayat, di sini pada petang Isnin.
Dalam kejadian tersebut, mangsa Mohd Nazri Mazlam, 31, dipercayai telah pergi ke sungai berhampiran hutan Air Kulim sekitar pukul 4 petang bersama tiga rakannya sebelum terlibat dalam insiden yang meragut nyawa itu.
Timbalan Ketua Polis Gerik, DSP Mohd Sohaimi Ishak berkata, keempat-empat sekawan itu cuba untuk menuruni bukit sekitar tiga kilometer daripada sungai sebelum mangsa tergelincir dan terkena sawan lalu tidak boleh bernafas.
"Kawan kepada mangsa kemudian telah bergegas keluar untuk mendapatkan bantuan daripada keluarga dan ketua kampung, dan masuk ke dalam hutan itu semula sekitar pukul 7 malam bersama pasukan bantuan.
"Sebaik tiba di lokasi, mangsa telah disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Selasa.
Kata Mohd Sohaimi, mangsa yang difahamkan memang mempunyai sejarah penyakit sawan merupakan seorang penoreh getah di Felda Papulut, Gerik.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik dan hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah kecederaan parah di bahagian kepala berikutan terkena objek keras semasa terjatuh," katanya lagi.
Sohaimi berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Apr 25 2017
Mangsa yang difahamkan memang mempunyai sejarah penyakit sawan merupakan seorang penoreh getah di Felda Papulut, Gerik. Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Tergelincir sebelum memancing, kegembiraan empat sekawan bertukar tragedi
Empat sekawan itu cuba untuk menuruni bukit sekitar tiga kilometer daripada sungai sebelum mangsa tergelincir dan terkena sawan.