KUALA TERENGGANU: Meskipun ditadbir oleh kerajaan negeri dari blok pembangkang, Terengganu ternyata sama sekali tidak pernah dianaktirikan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Pembangunan Negeri di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Terengganu Abdul Kahar Abdul Latif berkata Kerajaan Persekutuan, telah menyediakan peruntukan pelaksanaan projek pembangunan agak tinggi untuk Terengganu, yang ditadbir PAS.
"Jika dilihat kepada unjuran peruntukan pembangunan bagi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) mengikut tahun bermula dari Rolling Plan Pertama (RP1) bagi tahun 2021 sehingga sekarang, jumlah peruntukan untuk Terengganu terus meningkat.
"Pada RP1 RMK12, sebanyak RM725.96 juta telah diluluskan dengan jumlah projek sebanyak 225. Pada tahun 2022 iaitu RP2 RMK12, sebanyak RM1.37 bilion telah diluluskan bagi 365 projek, manakala RP3 sebanyak RM1.39 bilion pula diluluskan melibatkan 407 buah projek," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Bersama Media 2023, di sini.
Abdul Kahar berkata sebanyak RM1.19 bilion telah dibelanjakan setakat ini daripada keseluruhan RM1.39 bilion yang diterima, sekali gus meletakkan prestasi perbelanjaan Terengganu di kedudukan keempat tertinggi di Malaysia.
Memperincikan lebih lanjut, Abdul Kahar berkata daripada 407 buah projek RP3 RMK12, beberapa projek berimpak besar kini sedang dilaksanakan, antaranya pembinaan Hospital Kemaman dan Hospital Dungun yang masing-masing menelan kos RM405.41 juta dan RM145.83 juta.
"Antara lain, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus yang bernilai RM5 juta, Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Kawasan Tadahan Kuala Terengganu Selatan (RM418.15 juta), dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus (RM69.92 juta)," katanya.
Abdul Kahar berkata beberapa projek keutamaan negeri juga telah berjaya disiapkan pada tahun ini, antaranya Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka yang menelan kos RM150 juta, Projek Perumahan Rakyat Kuala Nerus (RM94.24 juta), serta meninggikan aras Jalan Chukai ke Air Putih di Kemaman (RM57.59 juta).
"Kami juga telah melaksanakan 615 projek kecil meliputi penyelenggaraan jalan, longkang, dewan orang ramai, masjid, surau, pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir, serta pelbagai ameniti sosial berjumlah RM39.76 juta.
"Ini termasuk masjid yang masih dalam pembinaan iaitu Pembinaan Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya bernilai RM11.19 juta, Masjid Kampung Langgar di Kuala Berang (RM5.3 juta), dan Masjid Kuala Kubang di Jabi, Besut (RM2.87 juta)," katanya.
Justeru, beliau berkata meskipun pentadbiran kerajaan negeri Terengganu tidak sehaluan secara politik dengan kerajaan pusat, namun hubungan baik yang terjalin antara Terengganu dan Putrajaya akan terus memungkinkan pembangunan di negeri ini untuk manfaat setiap rakyatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
![Terengganu tidak dianaktirikan, peruntukan projek pembangunan terus meningkat Terengganu tidak dianaktirikan, peruntukan projek pembangunan terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702269155_TBprimulajpg.jpg)
Abdul Kahar berucap pada Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Bersama Media 2023, di Kuala Terengganu malam tadi. - Facebook Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu
Akta Audit: Pemisahan kuasa, tingkat kecekapan tadbir urus
Menurut Pengarah Penyelidikan Kanan, IDEAS, Sri Murniati Yusuf, audit berperanan dalam menjalankan pemeriksaaan terhadap kewangan organisasi atau syarikat dan tidak memikul tanggungjawab untuk mendakwa kesalahan kewangan.
20 subkontraktor DASH tuntut tunggakan RM100 juta Prolintas
Lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menuntut rundingan penyelesaian bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada Prolintas.
![Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024 Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720152748_tbpestapora.jpg)
Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024
SBY pernah memasarkan album dengan 10 lagu yang bertema cinta dan religi berjudul Rinduku Padamu.
![Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720151129_tbDagingkorban.jpg)
Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan
Maqis Kelantan menggagalkan cubaan membawa masuk daging lembu korban dari Bangladesh melalui pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, minggu lepas.
![Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720152586_missuniversemalays.jpg)
Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam
Eleen berkata, pihaknya ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
![Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151805_tbJamatom.jpg)
Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun
Ini adalah kejituan lebih tinggi berbanding ralat 1 saat setiap 300 juta tahun pada jam atom sebelum ini.
![Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151599_courtgavelmahkam.jpg)
Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
![Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151154_tbDavidRaya.jpg)
Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford
Raya menyertai The Gunners menerusi perjanjian pinjaman sepanjang musim tahun lalu dengan nilai pinjaman sebanyak £3 juta.
![Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151018_tbdituduhrogolanak.jpg)
Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun
Tertuduh yang berusia 45 tahun dan sudah 29 tahun tinggal di Malaysia dituduh merogol anak tirinya di sebuah rumah di Ipoh pada 23 Jun lalu.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.09 peratus atau 1.56 mata kepada 1,615.19 daripada 1,616.75 pada Khamis.
![Terengganu tidak dianaktirikan, peruntukan projek pembangunan terus meningkat Terengganu tidak dianaktirikan, peruntukan projek pembangunan terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702269155_TBprimulajpg.jpg)
Terengganu tidak dianaktirikan, peruntukan projek pembangunan terus meningkat
Abdul Kahar berkata Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pelaksanaan projek pembangunan agak tinggi untuk Terengganu.