Kerajaan Terengganu merancang merancakkan lagi program pelancongan berasaskan eko rimba bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Terengganu akan menyalurkan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara taman tersebut bagi memastikan ia lebih tersusun serta terjaga.
Beliau berkata Terengganu mempunyai enam taman eko rimba yang menjadi fokus dan produk pelancongan utama negeri dikawal selia Jabatan Perhutanan Negeri, terdiri daripada Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu; Lata Tembakah dan Lata Belantan, Besut; Air Terjun Chemerong dan Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun; serta Air Terjun Menderu, Kertih.
"Saya dimaklumkan peruntukan diterima jabatan untuk mengurus dan menyelenggara setiap taman sekitar RM20,000 setahun dan ia agak kecil. Jadi saya meminta pihak jabatan kemukakan perancangan dan InsyaAllah kita akan tambah peruntukan pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Hutan Lipur Sekayu, di sini, pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Perhutanan Terengganu Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata produk pelancongan berasaskan eko rimba di negeri ini mempunyai prospek pelancongan yang cerah dan dibuktikan melalui peningkatan kehadiran pelancong di enam kawasan berkenaan.
"Jumlah kedatangan pengunjung di Hutan Lipur Sekayu dari Mac hingga Oktober tahun ini, ialah 40,000 orang berbanding 21,000 pengunjung bagi tempoh sama tahun lalu.
"Kita yakin dengan peningkatan promosi dan program pemuliharaan persekitaran seperti taman orkid dan herba di hutan lipur yang akan dilaksanakan nanti pasti meningkatkan lagi minat pelancong berkunjung ke sini," katanya.
Sementara itu, Ahmad Fadzil berkata pihaknya juga sedang menyiapkan Pelan Rancangan Pembangunan Hutan Lipur yang akan siap dan dibentangkan pada tahun hadapan.
Beliau berkata pelan itu nanti akan menyediakan rancangan pembangunan lebih menyeluruh, tersusun dan sistematik bagi melonjakkan pelancongan eko rimba.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 18 2018

Terengganu mempunyai enam taman eko rimba yang menjadi fokus dan produk pelancongan utama negeri dikawal selia Jabatan Perhutanan Negeri, antaranya ialah Hutan Lipur Sekayu. -Facebook/Majlis Daerah Hulu Terengganu

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Arahan penutupan tempat perkhemahan, hutan rekreasi masih berkuat kuasa - JPNS
Larangan itu susulan arahan penutupan semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor pada 17 Dis.

Terengganu fokus majukan pelancongan eko rimba
Kerajaan Terengganu akan menyalurkan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara taman tersebut.

Lesen 17 kilang papan dibatalkan
17 kilang papan yang tidak beroperasi melebihi dua tahun di Terengganu telah dibatalkan.