TENOM: Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang dianalisisnya.
Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata laman sesawang itu dilayari daripada aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.
"Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.
Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah," katanya sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Beliau berkata bagi memastikan laman sesawang yang dilayari itu adalah laman sesawang yang mempunyai unsur lucah, beliau telah membuka beberapa laman sesawang dengan merujuk kepada hasil analisis dan mendapati ia sememangnya laman sesawang berunsur lucah.
Latifah berkata antara laman sesawang yang turut dilayari termasuk wikipedia berkaitan "gangguan seksual", "Undang-undang gangguan seksual di Malaysia", "gurau lucah berisiko disumbat penjara" dan "Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual".
Nor Azizah: Adakah metadata yang kamu nyatakan ini juga dapat dilihat di dalam tangkap layar yang ada di dalam hasil analisis ini ?
Latifah: Ya, untuk gambar pertama, ini adalah rumusan kesemua tangkap layar yang dibuat daripada kandungan sejarah melayari laman sesawang di dalam barang kes (telefon bimbit).
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani hari ini dijalankan tanpa kehadiran tertuduh yang mendapat kebenaran mahkamah. Peguam yang mewakili Ebit iaitu Ram Singh memaklumkan bahawa Ebit sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.
Sementara itu dalam pemeriksaan utama Nor Azizah pagi tadi, Latifah memaklumkan satu lagi telefon yang dianalisisnya mengandungi sebanyak 219 tangkap layar perbualan daripada aplikasi WhatsApp bermula pada 4 Mac 2021.
Beliau berkata perbualan tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit dalam kes itu telah disimpan dalam cakera padat (CD).
"Gambar satu (tangkap layar) menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej. Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutnya (dalam bentuk tangkap layar) adalah isi perbualan," katanya.
Latifah berkata daripada beberapa gambar tangkap layar itu juga ada menunjukkan panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar yang dibuat pada 6.10 petang tetapi tarikh tidak dinyatakan semasa prosiding.
Terdapat juga panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar pada 15 Mac dan 16 Mac 2021.
Beliau berkata pada tarikh 17 Mac 2021, satu lagi tangkap layar menunjukkan cubaan semula yang cuba dihantar daripada telefon bimbit penerima kepada pengirim tetapi mesej berkenaan tidak disampaikan.
Ebit, 37, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023

Ebit, 37, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.

Peningkatan pesakit susulan, tidak rujuk waktu temu janji punca Klinik Kardiologi HSIS sesak
Kesesakan di Klinik Kardiologi HSIS Serdang, Selangor dikenal pasti berpunca daripada peningkatan pesakit susulan yang tidak hadir temu janji pada Selasa minggu sebelumnya.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

Bekas pegawai penyiasat 1MDB syor siasatan diteruskan susulan lawatan ke Riyadh
Hasil siasatan susulan kunjungan pasukan siasatan 1MDB ke Riyadh pada November 2015 untuk menyiasat ketulenan surat tersebut telah dirujuk kepada AGC.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.