SEGAMAT: Terdapat cubaan rentas negeri dilakukan individu untuk masuk ke Johor melalui Tangkak.
Antara alasan yang digunakan mereka ialah untuk menziarahi ibu bapa yang sudah tua dan kubur.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam masa sama, terdapat segelintir individu yang mengubah tarikh surat kebenaran rentas negeri yang dibenarkan sebelum ini.
Tegas beliau, ada juga individu yang cuba merentas negeri dari Melaka ke Tangkak dengan mengubah tarikh dan mereka yang dikesan oleh polis telah dikenakan tindakan.
"Tumpuan kita adalah pada laluan atau jalan yang bersempadan dengan negeri untuk pastikan tidak ada individu yang cuba rentas sempadan daerah atau negeri sempena hari raya.
“Di Tangkak ada juga cubaan yang dikesan individu cuba guna surat kebenaran yang mereka dapat sebelum ini. Dia ubah tarikh untuk lepas sekatan jalan raya (SJR)… kita sudah kesan dan ambil tindakan.
“Kita seru kepada semua masyarakat (supaya) patuhi SOP (prosedur operas standard) walaupun mahu meraikan Aidilfitri jangan langgar SOP dan peraturan ditetapkan, tujuan kita satu untuk landaikan COVID-19," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas membuat tinjauan SJR di Tangkak dan Segamat hari ini.
Menurut Ayob Khan, Tangkak dan Segamat memiliki antara banyak laluan tikus di negeri Johor kerana kedudukan Felda yang bersempadan dengan daerah dan negeri lain seperti Felda Chempelak dan Felda Moakil.
Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhannya 98 peratus pematuhan SOP PKP dicapai di negeri Johor setakat ini.
Terdapat 50 SJR di Johor melibatkan 12 di keluar masuk lebuh raya, lapan di sempadan negeri, 19 di jakan persekutuan, lapan Ops Benteng, dua secara mobile dan satu di kawasan PKPD Kluang.
Pada Rabu pula, polis Johor menerima 2,596 permohonan rentas negeri dan daerah dan daripada jumlah berkenaan 2,485 diluluskan sementara baki sebanyak 111 ditolak.
Astro Awani
Thu May 13 2021
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam masa sama, terdapat segelintir individu yang mengubah tarikh surat kebenaran rentas negeri yang dibenarkan sebelum ini. - Gambar fail
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.