Loji rawatan air Sungai Semenyih terpaksa ditutup semula akibat pencemaran yang dikesan di Sungai Semenyih pada pukul 1.30 tengah hari tadi.
Dalam kenyataan hari ini oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata siasatan awal mendapati satu punca pencemaran dari Sungai Lalang di kawasan Hitech Semenyih dan kandungan sampel airnya sedang diuji untuk mengenal pasti kandungan bahan cemar.
"Bekalan air bantuan akan dihantar terus melalui lori tangki air ke empat daerah yang mengalami gangguan sehingga bekalan air pulih," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, daerah yang mengalami gangguan bekalan air adalah seperti daerah Hulu Langat di Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching manakala daerah Kuala Langat meliputi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.
Daerah seperti Petaling iaitu mereka yang tinggal dikawasan USJ 1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang serta kawasan di daerah Sepang meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab juga mengalami gangguan bekalan air.
Amin berkata segala kesulitan amat dikesali dan pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini dan butir-butir kawasan yang terlibat melalui aplikasi telefon pintar 'mySyabas dan layari laman web www.syabas.com.my.
Semalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd menghentikan operasi loji rawatan air Sungai Semenyih akibat pencemaran air mentah yang dikesan pada pukul 6.00 petang tetapi ia beroperasi semula dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat bermula dari awal pagi tadi. --BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2016
![Tercemar: Loji rawatan air Sungai Semenyih ditutup semula Tercemar: Loji rawatan air Sungai Semenyih ditutup semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474641141_LojiRawatanAir.jpg)
Siasatan awal mendapati satu punca pencemaran dari Sungai Lalang di kawasan Hitech Semenyih. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura 1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716481457_LRASingapura.jpg)
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
![Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710599711_TBPAPARLOJIAIR.jpg)
Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan
Cuaca panas dan kemarau telah melanda Papar hampir dua bulan ditambah pula dengan fenomena El-Nino.
![RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694408269_TBKULAIJBALAMSEKITAR.jpg)
RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana
Kajian mengenai pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dijalankan bagi menguruskan efluen daripada industri untuk menangani pencemaran air.
![Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683719408_LRASultanIskandar.jpg)
Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai
Paras air di lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini berisiko merosot ke tahap kritikal sekiranya fenomena El-Nino berterusan hingga Julai depan.
![Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682984958_AKSBPENYURUTANAIR.jpg)
Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot
Kemerosotan paras air itu menyebabkan bekalan air terawat di beberapa kawasan di negeri itu terjejas.
![RM1.215 bilion diperuntukkan tangani masalah bekalan air Pahang - PM RM1.215 bilion diperuntukkan tangani masalah bekalan air Pahang - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667018094_TBISMAILSABRI.jpg)
RM1.215 bilion diperuntukkan tangani masalah bekalan air Pahang - PM
Peruntukan itu turut melibatkan pembinaan dua loji rawatan air baharu.
![UMS bangunkan loji mini rawatan air menerusi kaedah AI, IOT di Pitas UMS bangunkan loji mini rawatan air menerusi kaedah AI, IOT di Pitas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658719640_RawatanAir.jpg)
UMS bangunkan loji mini rawatan air menerusi kaedah AI, IOT di Pitas
Para penduduk di Pitas kini boleh menikmati air bersih terawat sekitar 60,000 liter setiap hari menerusi pembangunan tiga mini loji rawatan air di daerah itu.
![RM295 juta diperuntuk bina LRA Sungai Ngoi-Ngoi fasa 2 di N. Sembilan - MB RM295 juta diperuntuk bina LRA Sungai Ngoi-Ngoi fasa 2 di N. Sembilan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644823609_aminuddinharun.jpg)
RM295 juta diperuntuk bina LRA Sungai Ngoi-Ngoi fasa 2 di N. Sembilan - MB
LRA itu akan dapat menampung pertambahan permintaan bekalan air secara berterusan bagi penduduk di beberapa kawasan.
![Gangguan bekalan air di beberapa daerah di N. Sembilan susulan banjir Gangguan bekalan air di beberapa daerah di N. Sembilan susulan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634114234_watertap.jpg)
Gangguan bekalan air di beberapa daerah di N. Sembilan susulan banjir
Susulan penutupan dan penurunan pengeluaran bekalan air di beberapa LRA SAINS kerana muka sauk ditenggelami banjir selain sumber air mentah kekeruhan yang tinggi.
![Op Sumber Air berjaya, henti tugas loji rawatan air hanya dua kali tahun ini Op Sumber Air berjaya, henti tugas loji rawatan air hanya dua kali tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630488929_bahankimia.jpg)
Op Sumber Air berjaya, henti tugas loji rawatan air hanya dua kali tahun ini
Jumlah penguatkuasaan bagi menangani masalah sungai tercemar telah ditingkatkan hampir dua kali ganda iaitu sejumlah 2,009 pada tahun lepas.