Kapal Tentera Laut Myanmar mula mendekati kapal Nautical Aliya yang membawa lebih 200 sukarelawan dari 12 buah negara.
Kapal yang membawa misi kemanusiaan untuk warga Rohingya itu kini berada berhampiran Laut Andaman.
Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, memberitahu, pihak tentera laut Myanmar akan mengiringi kapal Nautical Aliya sehingga ke pelabuhan di Yangon.
"Saya dapat panggilan telefon dari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan kapal itu hanya akan mengiringi rombongan Misi Food Flotilla for Myanmar," katanya dalam sidang media pada Selasa.
Sementara itu, Kapten Mohamad Firdaus Faisal Mohamad yang mengemudi kapal Nautical Aliya turut memberitahu, pihaknya hanya mengesan kapal tentera laut Myanmar itu menerusi rada pada jam 11 pagi waktu Malaysia.
"Mereka ada menghubungi kapal dan bertanya beberapa soalan.
"Setakat ini mereka akan membantu mengiringi kita dalam radius yang mampu," jelasnya dalam sidang media sama.
Hilal Azmi
Tue Feb 07 2017
Tentera laut Myanmar akan mengiringi kapal Nautical Aliya sehingga ke pelabuhan di Yangon. - Gambar Asatro AWANI/Hilal Azmi
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Nautical Aliya tiba di tanah air
Kapal Nautical Aliya yang membawa misi kemanusiaan 'Food Flotilla For Myanmar' tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang di sini pada kira-kira 10 pagi ini.
"Jantung saya berdegup laju semasa kejadian" - Sukarelawan Food Flotilla For Myanmar
Radar Nautical Aliya mengesan sebuah kapal menghampiri Misi Food Flotilla for Myanmar.
Tentera laut Myanmar dekati kapal Nautical Aliya
Kapal tentera laut Myanmar itu dikesan melalui radar oleh Kapten Nautical Aliya kira-kira jam 11 pagi waktu Malaysia.