Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mendahului senarai 101 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-71 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
Tengku Permaisuri Norashikin dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut dikurniakan darjah kebesaran yang sama.
Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin merupakan penerima Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.
Sementara itu, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tan Sri Dr Ibrahim Lembut menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Setia' bagi wanita.
Turut menerima S.S.I.S ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Mendahului senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita adalah bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak awal tahun ini telah menyenarai nama Haron sebagai calon untuk dikurniakan darjah kebesaran tersebut namun beliau telah meninggal dunia pada 16 Sept lepas di Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Sepanjang hayatnya bermastautin di Bangi, dekat sini, Allahyarham Haron merupakan tokoh ulama tersohor dan banyak menyebarkan ilmu agama tanpa batasan kepada umat Islam malah sentiasa berusaha menggerakkan perpaduan melalui syarahan agama serta tazkirah di masjid sekitar Selangor.
Allahyarham pernah menganggotai Majlis Fatwa Negeri Selangor dan juga merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432 Negeri Selangor pada tahun 2010.
Penerima lain D.P.M.S ialah Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Bishop of Kuching, Sarawak Datuk Bolly Anak Lapok; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ahmad Zaidee Ladin dan Pengarah Urusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Holdings Sdn Bhd, Prof Dr Husaini Omar.
Turut menerima D.P.M.S adalah Timbalan Panglima Tentera Laut, Markas Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan; Panglima 10 Briged Para, Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim; Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor, Nor Azmie Diron serta Pegawai Daerah Hulu Langat, Zul-kefli@Zulkefli Khalid.
Sebanyak 10 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.
Mereka ialah Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Langat, Tengku Mohamed Tengku Harun; Managing Partner Head of Southeast Asia TPG, Datuk Ganendran Sarvananthan; legenda bola sepak pasukan Harimau Malaya era 1980-an, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain.
Anggota Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Prof Dr Mujaini Tarimin; Penyunting/Penyampai Berita Televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Harjit Singh Hullon Bhagwan Singh; Pengarah Hospital Shah Alam, Dr Hasni Hanapi; Timbalan Yang Dipertua Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Datin Norpiah Abdul Shukor; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Hasan Azhari Idris; dan Timbalan Pengerusi Singapore GP Pte Ltd, Syn Wai Hung Colin turut menerima D.S.I.S.
Seramai lima atlet menerima darjah kebesaran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S.), iaitu darjah dan bintang Kebesaran Sukan Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dizahirkan Sultan Selangor sejak tahun lepas.
Mereka adalah pemenang pingat emas acara lontar peluru Sukan Paralimpik 2016, Muhammad Ziyad Zolkefli; Setiausaha Kehormat Persatuan Tenpin Bowling Selangor, Shalin Zulkifli; pelumba basikal negara, Mohd Rizal Tisin; gimnas artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi; dan atlet terjun kebangsaan, Chew Yiwei.
Sebanyak 13 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) antaranya Tengku Indera Bijaya Diraja, Tengku Salehuddin Shah; Tengku Seri Perkasa Diraja, Tengku Musahiddin Shah; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Salehan Yatim dan imam besar Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Burhanuddin Ahmad.
Sementara itu, sebanyak 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) termasuk Pengarah Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor, Aminah Abd Rahim dan penerbit rancangan Jabatan Penyiaran RTM, Zuraida Mohammad Arif.
Sebanyak 17 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.), 19 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S), seorang penerima Bintang Kegemilangan Sukan Selangor (B.K.S.) dan tujuh penerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C). - Bernama
Bernama
Sun Dec 11 2016

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-71 hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Mariwasa bangga jadi penghasil pingat, darjah kebesaran
Mariwasa menjadi pembekal dan pembuat darjah kebesaran untuk hampir semua kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan beberapa negara luar, antaranya Maldives, Oman dan Kuwait.

MDDM terima lebih 200 aduan individu guna gelaran, darjah palsu
Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM) menerima lebih 200 laporan dan aduan berkaitan penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran palsu dan yang tidak diiktiraf sejak dua tahun lepas.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.

Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Yang di-Pertuan Agong berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara.

Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.

Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.

Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.