Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya perlu terus dipromosikan sebagai salah satu produk pelancongan terbaik di Putrajaya.
Menurutnya usaha itu dijangka dapat dilaksanakan selepas perkhidmatan itu diambil alih sepenuhnya oleh anak syarikat Perbadanan Putrajaya (PPj) sejak 1 Julai lepas.
Antara yang dirancang ialah penambahan bilangan perahu dan kapal pelayaran dengan kapasiti lebih besar dan menggabungkan operasi Cruise Tasik Putrajaya bersama Marina Putrajaya yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Maritim Putrajaya.
"Saya difahamkan pada bulan lepas, anak syarikat PPj berjaya meningkatkan untung bersih Cruise Tasik ini sebanyak RM79,033 atau hampir empat kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya.
Pendapatan kasar sepanjang Ogos pula melebihi RM30,000 berbanding yang diperolehi untuk tempoh yang sama tahun lepas, kata Tengku Adnan semasa melancarkan sambutan 10 Tahun Cruise Tasik Putrajaya.
Tengku Adnan berkata kunjungan pelancong ke Putrajaya, pastinya tidak lengkap jika tidak menaiki Cruise Tasik Putrajaya untuk menikmati keindahan pusat pentadbiran kerajaan ini.
Antara pakej yang disediakan Cruise Tasik Putrajaya ialah 'Cruise and Learn Education Package ,' 'Memorable Alumni/Reunion Cruise Package,', 'Sparkling Fireworks Cruise,' 'Love Boat Perahu Dondang Sayang,' dan 'Cruise Water Activity and Recreation Package.'
Pada majlis itu, turut diperkenalkan ialah Kad MyCruiser yang memberi peluang kepada orang ramai menjadi agen bebas kepada Cruise Tasik Putrajaya dan mendapat komisen RM3 untuk setiap tiket yang dijual, dengan bilangan penumpang sekurang-kurangnya 30 orang.
Bernama
Sat Aug 31 2013
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Tengku Adnan: Perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya perlu dipromosikan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya perlu terus dipromosikan sebagai salah satu produk pelancongan terbaik di Putrajaya.