Kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) menemukan empat tengkorak dan beberapa tulang manusia di dalam empat tempayan di kawasan bukit berhampiran Kampung Baru Nalla dekat Tronoh di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohd Nasri Omar berkata empat tempayan yang berada di antara tiang elektrik di atas puncak bukit itu ditemukan kontraktor itu pada kira-kira 12.20 tengah hari semalam sebelum memaklumkan kepada pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian.
"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati empat tempayan berada dalam keadaan tersusun rapat dengan tiga daripadanya tertutup," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, tulang berkenaan akan dirujuk ke pakar patologi pada Rabu bagi mengenal pasti daripada pelbagai aspek termasuk usia tulang dan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.
Mohd Nasri berkata puncak bukit itu dikelilingi ladang sawit yang tidak lagi diusahakan dan di sebelah kiri tiang elektrik terdapat lombong lama yang sudah tidak beroperasi kira-kira 17 tahun serta jirat Cina terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.
"Laluan masuk ke bukit itu sejauh kira-kira dua kilometer dengan hanya melalui Kampung Baru Nalla dan melintasi ladang sawit. Terdapat juga aktiviti korek pasir dan tanah di kawasan berdekatan," katanya.
Menurut Mohd Nasri, temu bual dengan penduduk kampung berdekatan mendapati mereka tidak pernah mengetahui atau mendengar aktiviti melibatkan pemujaan serta tidak pernah mengetahui sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan tersebut kerana ia berada jauh dari kawasan perkampungan.
"Penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Cina menyatakan ada kemungkinan terdapat aktiviti pemindahan tulang-tulang nenek moyang atau saudara yang telah lama meninggal dan ditempatkan di kawasan yang mempunyai feng shui yang baik," katanya.
Katanya, polis akan melakukan siasatan daripada pelbagai sudut berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2017

Empat tempayan yang berada di antara tiang elektrik di atas puncak bukit itu ditemukan kontraktor itu pada kira-kira 12.20 tengah hari Selasa. -Gambar hiasan/Reuters
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Tengkorak dalam tempayan: Tiada unsur jenayah - Polis
Polis tidak menolak kemungkinan kesemua tengkorak dan tulang manusia yang ditemukan dalam tempayan di kawasan bukit itu dipindahkan dari tempat lain untuk disemadikan di lokasi berkenaan.

Tengkorak, tulang manusia dijumpai dalam tempayan
Kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) menemukan empat tengkorak dan beberapa tulang manusia di dalam empat tempayan di kawasan bukit berhampiran Kampung Baru Nalla dekat Tronoh di sini hari ini.