Pemberian tender bagi projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka dan bukan tender secara langsung.
Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata ini bagi mengelak mana-mana pihak daripada memberi projek hanya kepada kroni atau individu yang tidak layak.
Katanya, kerajaan perlu memastikan mana-mana tender perlu diberi kepada kontraktor yang layak dan cekap bagi memastikan projek bukan sahaja dapat disiapkan pada tarikh ditetapkan, tetapi juga tidak terbengkalai.
"Sepatutnya setiap tender dibuat secara terbuka kerana tender secara langsung yang menyebabkan orang lebih cenderung untuk memberi tender kepada kroni masing-masing.
"Apa yang penting apabila memberikan tender kepada sesiapa adalah untuk memastikan ia diberi kepada orang yang layak dan kontraktor yang terbaik.
"Jika tidak, ada kemungkinan projek itu tidak akan siap, dan terbengkalai. Kita perlu meneliti siapa yang dipilih untuk pemberian tender ini kerana ini adalah wang rakyat," kata Datuk Akhbar Satar ketika ditemui selepas pelancaran bukunya, 'Rasuah, Jenayah dan Malaysia' di sini pada Khamis.
Selain itu, beliau menggesa ketua-ketua jabatan di kementerian untuk mengenal pasti tanda-tanda awal pegawai-pegawai yang mungkin terlibat dengan rasuah.
"Sebagai ketua jabatan dalam kementerian, kita perlu mengenal pasti tanda-tanda awal, iaitu yang pertama jika mereka terlalu rapat dengan pelanggan.
"Keduanya, adalah kehidupan di luar kemampuan. Ketiga, mungkin beberapa pegawai tidak pernah mengambil cuti kerana bimbang 'ia' didedahkan.
"Ada juga mereka yang tidak mahu kenaikan pangkat di tempat kerja kerana jawatan mereka adalah seperti 'lombong emas'," kata Datuk Akhbar.
Mengulas penangkapan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kes rasuah baru-baru ini, Datuk Akhbar berkata pegawai yang kompeten tidak semestinya tidak terlibat dalam rasuah.
"Rasuah adalah isu yang kompleks, sesiapa sahaja boleh terlibat tidak kira mereka baik atau tidak.
"Godaan itu tetap ada, terutamanya bila anda dalam mempunyai yang boleh disalahgunakan," kata Datuk Akhbar.
Pada Isnin, seorang pegawai kanan DBKL bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan kes rasuah.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pegawai tersebut digantung sementara daripada tugas sehingga selesai siasatan.
Dania Zainuddin
Thu Aug 18 2016
![Tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka Tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61469982353_AKHBARSATAR.jpg)
AKHBAR: Ketua-ketua jabatan di kementerian perlu mengenal pasti tanda-tanda awal pegawai-pegawai yang mungkin terlibat dengan rasuah.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Fahami sebab Jho Low sukar ditahan, elak sebar berita palsu Fahami sebab Jho Low sukar ditahan, elak sebar berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71546862691_AkhbarSatar.jpg)
Fahami sebab Jho Low sukar ditahan, elak sebar berita palsu
Kurangnya kefahaman ini menjadi penyebab mengapa ada segelintir netizen dilihat sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu.
![Tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka Tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61469982353_AKHBARSATAR.jpg)
Tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka
Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata ini bagi mengelak mana-mana pihak daripada memberi projek hanya kepada kroni atau individu yang tidak layak.
![Isytihar dana politik bersihkan persepsi rasuah parti politik Isytihar dana politik bersihkan persepsi rasuah parti politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51355137509_295x200.jpg)
Isytihar dana politik bersihkan persepsi rasuah parti politik
Ia perlu dipandang serius parti politik di Malaysia memandangkan punca kepada persepsi ini timbul terus menjadi persoalan ramai.
![Parti politik Malaysia paling banyak terlibat amalan rasuah - Kajian Parti politik Malaysia paling banyak terlibat amalan rasuah - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41400067765_295x200.jpg)
Parti politik Malaysia paling banyak terlibat amalan rasuah - Kajian
Fakta itu unik kerana buat julung kalinya parti politik menduduki tempat pertama yang lazimnya diduduki polis.