KUCHING: Tenaga hidro akan masih menjadi tumpuan utama sumber tenaga Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata sumber asli negeri yang banyak, terutama hujan lebat dan sungai menawarkan persekitaran terbaik untuk pembangunan tenaga hidro selanjutnya.
Abang Johari berkata atas sebab ini, beliau baru-baru ini menyarankan agar Sarawak Energy Bhd untuk meneroka pembinaan empangan kuasa hidro di Sungai Trusan di Lawas.
"(Setakat ini) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mahu mengambil ekuiti dalam projek Trusan dan kami sedang berunding dengan pihak ketiga untuk turut mengambil ekuiti.
"Saya difahamkan projek kuasa hidro Trusan tidak akan menjejaskan penempatan di situ kerana kawasan itu telah dibersihkan," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy 2023 (SEVA 2023) di sini, malam tadi.
Loji hidroelektrik pertama Sarawak Energy, empangan Batang Ai berkuasa 108 megawatt (MW) telah beroperasi pada 1985, diikuti oleh Bakun (2,400MW) pada 2011 dan Murum (944MW) pada 2014.
Pada masa ini, projek hidroelektrik Baleh (1,285MW) sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2027.
Jumlah kapasiti terpasang loji hidro besar Sarawak Energy ialah 3,452MW.
Sebagai tambahan kepada projek hidroelektrik yang besar, Sarawak Energy juga telah membangunkan loji kuasa hidro kecil yang menyokong komuniti luar grid dan elektrik luar bandar di banyak kampung terpencil di Sarawak.
Sementara itu, Abang Johari berkata dengan pembinaan Projek Hidroelektrik Baleh serta aktiviti pembekalan elektrik luar bandar yang berterusan, vendor tempatan masih mempunyai peluang yang luas untuk memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan mampan dan kemakmuran Sarawak.
"Untuk memastikan penglibatan vendor yang kukuh dengan industri tenaga boleh diperbaharui berterusan, kerajaan Sarawak komited sepenuhnya untuk menyokong kerjasama awam-swasta merentasi rantaian nilai tenaga boleh diperbaharui," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Tan Sri Abang Johari Tun Openg (belakang, tengah) bersama para penerima anugerah selepas merasmikan Sarawak Energy Berhad (SEB) Vendor Awards di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. - Foto BERNAMA
Niaga AWANI: AmInvestment turunkan unjuran harga minyak mentah Brent
Harga minyak mentah Brent untuk 2024 kini disemak semula kepada 83 Dolar Amerika setong berbanding ramalan awal 85 Dolar Amerika, dengan jangkaan untuk 2025 ditetapkan pada 80 Dolar Amerika setong.
Niaga AWANI: Pelabur asing beli bersih RM217.6 juta ekuiti
Ini merupakan pembelian bersih untuk minggu kelima berturut-turut menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.
Niaga AWANI: Bukan lagi terletak pada institusi kewangan lalu - Anwar
Ekonomi Islam bukan lagi terletak pada institusi kewangan terdahulu menerajui ekonomi terutama dalam sudut penolakan sistem riba.
Niaga AWANI: China gesa AS tarik balik pengumuman tarif baharu
Kementerian Perdagangan China menggesa Amerika Syarikat membatalkan keputusannya menaikkan tarif ke atas barangan buatan negaranya.
PM Anwar terkesan dengan pemergian bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don
Perdana Menteri terkesan dengan pemergian sahabatnya bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don yang meninggal dunia pagi tadi.
Hamas sifatkan AS gagal beri tekanan kepada Israel
Pegawai Hamas, Ghazi Ahmad berkata Amerika Syarikat gagal memberi tekanan kepada Israel dalam usaha merealisasikan gencata senjata di Gaza.
Najib berkerusi roda ke mahkamah hadir lanjutan prosiding
Datuk Seri Najib Razak kelihatan lemah ketika hadir perbicaraan 1MDB tetapi sempat melambai kepada media di pintu masuk mahkamah.
Angka korban meningkat, rundingan gencatan senjata masih tidak berhasil
Menghampiri satu tahun bermulanya konflik secara besar-besaran itu, kekejaman dan kezaliman Zionis terus dipertingkat ditambah dengan rundingan gencatan senjata yang masih belum menemui noktah.
Perlu ada tekas politik bagi merealisasikan perjanjian gencatan senjata
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.
Tenaga hidro kekal fokus utama sumber tenaga Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menyarankan agar Sarawak Energy Bhd meneroka pembinaan empangan kuasa hidro di Sungai Trusan di Lawas.