KUALA LUMPUR : Kerjasama dengan negara-negara dalam rantau ASEAN akan diperluaskan bagi sektor bekalan tenaga, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) itu, kerjasama antara pemain industri, pengguna dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bagi pastikan penjanaan tenaga lebih terjamin, mapan dan mesra alam.
“Kerjasama ini juga termasuk dari segi negara kita dah memang ada perjanjian di antara Thailand, Laos, Singapura dan Malasyia. Ini untuk bekalan tenaga dan sebagainya boleh diperluaskan di seluruh ASEAN.
“Ini disebabkan kedudukan tanah Semenanjung dengan keperluan tenaga begitu banyak sumber tetapi semakin berkurang khususnya bila arang batu dihapuskan.
“Ketika ini, kita bergantung kepada gas, gas pula makin mahal sebab kita terpaksa import, jadi kita perlu cari alternatif lain, alternatif lain adalah seperti solar, hidrogen dan bio fuel yang akan kita keluarkan dari bahan buangan yang boleh dihasilkan tenaga,” kata Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan ASEAN Green Hydrogen 2024, di ibu negara. pada Isnin.
Jelas Fadillah lagi, negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE).
Justeru, kata beliau, jalinan kerjasama antara pelbagai pihak sangat penting terutamanya untuk menjadi pembekal utama kepada rantau ASEAN.
“Potensi besar di Sabah dan Sarawak malahan Pulau Borneo yang berada di tengah ASEAN ini merupakan potensi menjadi pembekal RE masa akan datang, jadi ini yang kita lihat bagaimana kita dapat jalinkan hubungan sama, supaya ia terjamin,mapan, mesra alam dan mampu dibiayai oleh pengguna.
“Itu matlamat kita, kita kena engage stakeholders dari negeri lain bukan sahaja pengeluaran tapi juga untuk kita bekalkan kepada rantau ASEAN. Kedua dari segi industri penyelidikan, ketiga pemain industri dan keempat mesra pengguna.
“Ini kerana akhirnya kalau kita keluarkan tenaga tapi mahal akan jejaskan pengguna. Stakeholders ini pelbagai termasuk NGO kerana NGO mainkan peranan penting terutamanya berlandaskan kelestarian alam sekitar,” jelasnya lagi.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, PETRA terus komited untuk menyemarakkan ekonomi berasaskan hidrogen menjelang 2050.
Komitmen itu, kata beliau, adalah cerminan aspirasi untuk mencapai penyahkarbonan global yang disifatkan sebagai perkara penting menerusi perintis penyelesaian tenaga.
Program tersebut bertujuan menghimpunkan pakar daripada seluruh dunia selain meningkatkan usaha kerjasama untuk menerima pelbagai sektor swasta, daripada utiliti merangkumi syarikat-syarikat berasaskan sektor tenaga.
Jelasnya, Objektif PETRA tetap teguh iaitu untuk memupuk sektor tenaga yang mampan dan berdaya tahan yang bukan sahaja menyokong tetapi mendorong agenda peralihan tenaga Malaysia ke hadapan.
Astro Awani
Mon May 13 2024
Menurut Fadillah, kerjasama antara pemain industri, pengguna dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bagi pastikan penjanaan tenaga lebih terjamin, mapan dan mesra alam.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
Kepengerusan ASEAN: MAHB tingkat sistem pengurusan operasi, keselamatan lapangan terbang
MAHB akan meningkatkan kemudahan infrastruktur, sistem pengurusan operasi dan tahap keselamatan di lapangan terbang.
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan.
MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
MCS 2024: Komitmen Malaysia terhadap kerjasama melangkaui hubungan dua hala
Malaysia menyatakan komitmen terhadap keterbukaan dan kerjasama melangkaui hubungan dua hala termasuk mengalu-alukan lebih banyak perniagaan, idea, dan bakat ke negara ini.