Tempoh reman suspek kes penderaan seksual termasuk liwat ke atas pelajar sebuah maahad tahfiz swasta di Bukit Bay Route di sini dilanjutkan tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superitendan Kama Azural Mohamed, perintah reman berkenaan itu dikeluarkan oleh Majistret Khairul Bahriah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini ke atas lelaki berusia 41 tahun itu.
"Permohonan ini adalah bagi melengkapkan siasatan berkaitan kes berkenaan dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan, suspek yang juga sukarelawan di maahad itu ditahan polis selepas pihak pengurusan maahad tahfiz membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, pada 12 Mac.
Lelaki berkenaan dipercayai meliwat enam pelajar berusia antara 14 hingga 17 tahun, yang dipercayai berlaku sejak Disember tahun lalu.
Suspek yang juga kerap memberi bantuan barangan keperluan dan pakaian di situ, dipercayai turut melakukan gangguan seksual terhadap 21 pelajar berusia antara 10 hingga 17 tahun.
BACA: Enam pelajar tahfiz diliwat penderma
BACA: Dakwaan liwat: 'Saya kecewa, penderma dah seperti ahli keluarga'- Pemilik maahad tahfiz
BACA: Mangsa penderaan seksual dan liwat diberi kaunseling - Pengetua
Kejadian itu dipercayai berlaku sejak Ogos tahun lalu namun terbongkar selepas seorang tenaga pengajar di situ melihat suspek cuba masuk ke dalam selimut salah seorang mangsa yang sedang tidur di asrama berkenaan bulan lalu.
Noraniza Kamsani
Mon Mar 19 2018

Suspek berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tahanan lolos dari mahkamah Pasir Mas ditahan semula
OKT tersebut ditangkap di rumah ibu saudaranya di Kampung Kubang Badak, jaraknya kira-kira lima kilometer dari kompleks mahkamah berkenaan.

Dua pelajar antara empat lelaki ditahan berkaitan dadah
Kesemua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia antara 16 tahun hingga 19 tahun.

Beberapa kawasan di Raub dinaiki air akibat hujan berterusan
Hujan lebat berterusan sejak lewat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Raub, kira-kira 198 kilometer dari sini, dinaiki air.

Tempoh reman suspek liwat dilanjutkan
Perintah reman dilanjutkan tujuh hari ke atas suspek berusia 41 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.