SHAH ALAM: Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan bagi membolehkan institusi terbabit memenuhi beberapa syarat kelulusan terutamanya berkaitan keselamatan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata aspek keselamatan bangunan yang melibatkan bidang kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan antara syarat kelulusan yang agak mencabar dan sukar dipenuhi oleh pengendali tahfiz atau sekolah agama persendirian.
Beliau berkata berbanding keselamatan, aspek atau syarat kelulusan lain seperti perkara melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kesihatan telah selesai diberi penilaian dan kelulusan oleh pihak berkuasa berkaitan.
"Kita bagi penangguhan untuk mereka penuhi beberapa perkara dan ketika ini kekangan besar adalah kelulusan pada bomba kerana dari aspek keperluan PBT dan kesihatan semua sudah selesai.
"Keperluan bomba ini agak penting sebab kosnya boleh dikatakan besar kerana nak dapat sijil perakuan bomba, saya difahamkan bangunan-bangunan berkenaan memerlukan konsultan, pelan bangunan dan beberapa keperluan lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan tempoh pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor yang sepatutnya berakhir hujung tahun lepas dilanjutkan hingga Disember ini susulan garis panduan pemutihan baharu sedang dikemas kini.
Hal ini selepas kerajaan negeri dilaporkan akan melonggarkan syarat kelulusan pemutihan institusi tersebut melibatkan pengecualian syarat-syarat tertentu yang ditentukan oleh sebuah jawatankuasa khas yang akan mendefinisikan sama ada ia dikecualikan atau perlu melalui proses-proses yang diringankan.
Amirudin berkata pihaknya bersedia menjadi perantara dengan jabatan bomba bagi memastikan semua institusi terbabit dapat memenuhi syarat ditetapkan sekali gus membolehkan garis panduan pemutihan dapat dikuatkuasakan sepenuhnya selepas ini.
"Aspek keselamatan itu amat penting tetapi bagi sesetengah pusat tahfiz ia agak mencabar untuk memenuhi setiap keperluan ditetapkan dan dalam hal ini, kita cuba jadi perantara bantu sekolah tahfiz penuhi syarat ditetapkan," katanya.
Pada Mac lepas, Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS) Muhd Hafiz Haneefa dilaporkan berkata sebanyak 100 daripada 500 pusat tahfiz telah selesai melalui proses pemutihan manakala selebihnya sudah berdaftar dan sedang melihat pengecualian dari segi caj pemajuan dan juga premium tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Amirudin ditemui media ketika hadir pada sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. - Foto Bernama
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Cukai taksiran turun 0.25 hingga 2 peratus ikut jenis bangunan - Datuk Bandar Ipoh
Sebahagian besar cukai taksiran dalam kawasan pentadbiran MBI telah turun sebanyak 0.25 peratus hingga dua peratus mengikut jenis bangunan.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.