Tempoh 17 bulan yang diberikan kepada peniaga untuk mempersiapkan diri bagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah munasabah dan mencukupi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata ini kerana terdapat rungutan dari peniaga yang mengatakan tempoh itu tidak cukup untuk membuat persediaan.
"Mereka yang masih tidak bersedia kebanyakannya berlengah pada peringkat permulaan. Ada juga yang sengaja mengharapkan agar GST tidak dilaksanakan kerana dengan adanya GST, adalah lebih sukar untuk mengelak dari membayar cukai pendapatan," katanya menerusi pesanan Whatsapp, hari ini.
Abdul Wahid turut menjelaskan tidak semua harga barang dan perkhidmatan akan naik. Memberi contoh kereta, ada harga kereta yang turun harga sehingga dua ke tiga peratus.
"Proton menurunkan harga sehingga RM1,475 seunit manakala Honda antara RM500 hingga RM2,500 seunit," kata beliau.
Abdul Wahid berharap dengan pelaksanaan GST ini, diharapkan ia bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan kerajaan, malah mengurangkan defisit fiskal.
Selain itu, kerajaan juga akan dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa dan lain-lain lagi.
Beliau berkata kadar enam peratus GST negara adalah kadar terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia.
"Sebagai contoh, kadar GST di Singapura dan Thailand ialah sebanyak tujuh peratus, Indonesia, Vietnam dan Australia sebanyak 10 peratus, malah kadar di United Kingdom jauh lebih tinggi iaitu 20 peratus," kata beliau.
Abdul Wahid mengakui seperti dalam mana-mana pelaksanaan sistem baru, memang akan terdapat isu-isu pelaksanaan di peringkat awal.
Oleh kerana itu, kerajaan telah mewujudkan hotline untuk sebarang pertanyaan atau aduan berhubung pelaksanaan GST menerusi 1300888500 (Jabatan Kastam) dan 1300886800 (KPDNKK) atau laman sesawang gst.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.
Bernama
Wed Apr 01 2015
![Tempoh 17 bulan untuk persediaan GST munasabah - Abdul Wahid Tempoh 17 bulan untuk persediaan GST munasabah - Abdul Wahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368863861_295x200.jpg)
ABDUL WAHID: Tempoh 17 bulan untuk persediaan GST munasabah. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tempoh 17 bulan untuk persediaan GST munasabah - Abdul Wahid Tempoh 17 bulan untuk persediaan GST munasabah - Abdul Wahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368863861_295x200.jpg)
Tempoh 17 bulan untuk persediaan GST munasabah - Abdul Wahid
Tempoh 17 bulan yang diberikan kepada peniaga untuk mempersiapkan diri bagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah munasabah dan mencukupi.
![GST: 'Siapa kata ikan segar kena GST?' - Pengerusi LKIM GST: 'Siapa kata ikan segar kena GST?' - Pengerusi LKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51419312959_295x200.jpg)
GST: 'Siapa kata ikan segar kena GST?' - Pengerusi LKIM
LKIM akan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang menjual ikan pada harga yang tidak munasabah susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini.