PUTRAJAYA: Majikan boleh membuat tempahan slot kuarantin bagi pekerja asing yang dijangka masuk ke dalam negara mulai bulan ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata tempahan boleh dibuat setelah pekerja asing lulus pemeriksaan kesihatan dan dikeluarkan Visa Dengan Rujukan (VDR) menerusi platform Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) di https://fwcms.com.my/.
VDR merujuk kepada visa yang dikeluarkan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada seseorang yang bukan warganegara, bagi membolehkan individu berkenaan masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh ibu pejabat Jabatan Imigresen.
Saravanan berkata lokasi pusat kuarantin adalah terhad dan berada di sekitar Lembah Klang merangkumi hotel seperti yang terdapat dalam senarai pusat kuarantin swasta yang telah diluluskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Anggaran kos kuarantin adalah antara RM2,000 dan RM3,000 merangkumi penyediaan penginapan, makan minum (tiga kali sehari), pengangkutan ke pusat kuarantin serta ujian saringan COVID-19 semasa dalam tempoh kuarantin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya setakat semalam 171,133 permohonan penggajian pekerja asing telah diterima sejak ia dibuka bermula 15 Feb lepas melibatkan sektor perkilangan (118,967), perkhidmatan (21,040), perladangan (15,787), pembinaan (12,252) serta pertanian (3,087).
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Dis lepas telah bersetuju untuk pengambilan pekerja warga asing dalam sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Saravanan berkata lokasi pusat kuarantin adalah terhad dan berada di sekitar Lembah Klang. - Gambar/ Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Tempahan slot kuarantin pekerja asing dibuka, kos antara RM2,000 hingga RM3,000
Majikan boleh membuat tempahan slot kuarantin bagi pekerja asing yang dijangka masuk ke dalam negara mulai bulan ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.