MELAKA: Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, kerana menembak kucing jirannya hingga mati menggunakan senapang angin pada Jun tahun lalu.
Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Aziz Tambi, 63, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing milik Amran Majid, 45, dengan cara menembak kucing tersebut menggunakan selaras senapang angin.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai di sini, lebih kurang jam 2.30 petang pada 18 Jun tahun lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Alif Asraf Anuar Sharuddin memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan tertuduh berlandaskan emosi dan menyalahi undang-undang.
Tertuduh diwakili peguam Mohd Ishak Kari memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh merupakan warga emas dan pernah berkhidmat kepada negara dalam bidang ketenteraan selain dianugerahkan pingat penghargaan.
Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh didenda dengan jumlah itu dan dipenjara enam sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Sinar Harian pada 21 Jun lalu melaporkan seorang warga emas dan anaknya ditahan polis selepas disyaki menembak mati seekor kucing milik jiran yang memasuki rumah mereka menggunakan selaras senapang angin.
Kejadian dipercayai berlaku selepas kucing bernama Molly masuk ke rumah suspek.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, suspek masing-masing berusia 62 dan 27 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada jiran mereka berusia 44 tahun yang merupakan pemilik kucing terbabit. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 22 2023

Aziz (tiga dari kiri) didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis. - Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Tembak mati kucing bernama 'Molly', bekas tentera didenda RM20,000
Seorang bekas tentera didenda RM20,000 kerana menembak kucing jirannya hingga mati menggunakan senapang angin pada Jun tahun lalu.