KUALA BERANG: Masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran yang dihadapi pengguna sejak kebelakangan ini, dijangka pulih dalam tempoh terdekat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata kementerian sentiasa melakukan pemantauan, pemeriksaan dan kutipan data daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluaran telur di seluruh Malaysia, untuk memastikan keberadaan bekalan telur ayam dalam pasaran.
Namun katanya peningkatan kadar pembelian telur ayam sebelum, semasa dan selepas Tahun Baharu Cina, selain ladang ternakan serta syarikat logistik penghantaran yang tidak beroperasi sepanjang cuti perayaan itu, menyumbang kepada gangguan bekalan telur ayam di pasaran.
"Berdasarkan data yang kita ada, penggunaan telur ayam di Malaysia adalah sebanyak 30 juta biji sehari maknanya hampir seorang sebiji (makan telur ayam) sehari, jadi ia merupakan penggunaan yang cukup banyak.
"Minggu ini memang kita nampak kekurangan stok, jadi dalam Februari ini stok akan lebih daripada apa yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Dataran Pasar Tani Kuala Ping, di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya kekurangan bekalan ayam di pasaran yang turut dihadapi pengguna juga akan selesai pada akhir bulan ini, memandangkan aktiviti pengeluaran ayam akan ditingkatkan selepas musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
"Memang data menunjukkan bulan Februari kita kekurangan tiga juta ekor ayam. (Kebiasaannya) Kita menggunakan untuk satu hari sebanyak dua juta ekor ayam, ertinya sebulan (sebanyak) 60 juta ekor. (Tetapi) bekalan ayam pada Februari memang kekurangan iaitu hanya sebanyak 57 juta ekor. Februari ini dijangka lebih 60 juta pengeluaran ayam, jadi bulan ini juga selesai isu ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Rosol berkata para pembekal dan pengusaha ladang ternakan ayam, kini diarahkan untuk mengemukakan laporan jumlah stok bekalan ayam secara mingguan kepada pihak kementerian, bagi membolehkan langkah segera diambil sekiranya bekalan bahan makanan itu berkurangan.
"Sebelum ini mereka memaklumkan kepada kita secara berkala, maknanya bila ada isu baru kita dimaklumkan. Tetapi arahan terbaru ini mereka kena maklumkan kepada kita secara mingguan supaya senang kita pantau, dan kita boleh jangkakan sekiranya akan berlaku kekurangan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu Rosol berkata kerajaan mengambil langkah proaktif dalam memastikan bekalan minyak masak peket 1 kilogram sentiasa berada di pasaran, antaranya dengan menghadkan kepada hanya tiga peket bagi setiap pembelian.
Katanya kerajaan juga melakukan pemantauan rapi sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab membeli minyak masak peket yang ditetapkan pada harga RM2.50 sepeket dengan banyak, untuk dicampur dengan minyak masak terpakai yang kemudiannya akan dijual kepada industri biodiesel dengan harga kira-kira RM4.50 sekilogram.
Dalam perkembangan lain Rosol berkata PJKM yang dijalankan di 24 lokasi seluruh Terengganu bermula 2 Dis 2021, setakat ini telah menjana hasil jualan sebanyak RM969,000 melibatkan kehadiran pengunjung seramai hampir 20,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022
Kekurangan bekalan ayam di pasaran dijangka selesai pada akhir bulan ini- Gambar fail/ Bernama
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas
Enggan bincang isu rasuah Adani Group, Parlimen ditangguhkan sekali lagi
Dakwaan ini muncul apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh kumpulan tersebut terlibat dalam sebuah skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Tujuh cedera, kereta api dan lori bertembung
Menurut kenyataan media oleh Polish State Railways (PKP), kemalangan itu menyebabkan kelewatan perjalanan dan ratusan penumpang terkandas.
Angka korban tanah runtuh di Timur Uganda meningkat kepada 20 orang - Polis
Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda beberapa kampung di daerah Bulambuli, Timur Uganda pada rabu malam, meningkat kepada 20 orang.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Datuk Bandar KL terima Anugerah Malaysian Leadership
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fatuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dianugerahkan Anugerah Malaysian Leadership.
Tekanan masyarakat dunia mampu heret netanyahu ke ICC
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Astro AWANI unggul raih 5 anugerah media
Kemenangan berkenaan diraih menerusi kategori Media-Liputan Isu dan Krisis (media penyiaran) dan Astro Awani menerima kesemua anugerah emas, perak dan gangsa.
Dr Maza saman GISBH, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.
Malaysia hulur sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian
Malaysia menghulurkan sokongan kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian, menekan solidariti berterusan negara dengan rakyat LUbnan dan usaha membina keamanan.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ
Langkah itu dapat membezakan pembelian rakyat tempatan dan warga asing khususnya Singapura yang turut berbelanja di bazar berkenaan.
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri - Salahuddin
KPDN beri jaminan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual mengikut harga siling yang ditetapkan, sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pembekalan 4,245 papan telur ayam tidak wujud, hujung tahun lalu.
Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.
Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.
Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.