Kesemua syarikat telekomunikasi (telco) bersedia untuk membenarkan pelanggan sedia ada yang ingin menikmati penurunan harga untuk beralih ke pakej baharu yang lebih murah, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini.
Menurut MCMC, kesemua telco turut menyuarakan komitmen terhadap usaha kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga berpatutan.
"Sebagai contoh pakej baharu yang ditawarkan oleh TIME secara automatiknya akan dinikmati oleh pelanggan sedia ada. Maxis dan TM pula bercadang untuk menaik taraf perkhidmatan Asymetric Digital Subscriber Line (ADSL) ke gentian optik secara berperingkat.
"Manakala Celcom akan meluaskan liputan untuk perkhidmatan jalur lebar tetap pada 2019 melalui kerjasama dengan telco yang lain dan teknologi alternatif," katanya.
Ini bermakna pelanggan mempunyai pilihan untuk menikmati sama ada harga yang lebih murah, kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama atau kedua-duanya sekali, katanya.
Katanya, MCMC telah mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telco untuk mencari penyelesaian terhadap beberapa keluhan yang berbangkit susulan pengumuman pakej-pakej jalur lebar talian tetap baharu beberapa hari lepas.
Ini termasuklah isu perkhidmatan Streamyx dan juga ketidakpuasan pelanggan sedia ada yang tidak menerima manfaat penurunan harga pakej baharu, katanya.
"MCMC akan terus memantau tindakan yang diambil oleh pihak telco untuk memastikan segala komitmen berkaitan kelajuan dipenuhi menurut terma dan syarat pakej yang dilanggani," kata MCMC.
Baru-baru ini empat telco iaitu TM, Maxis, TIME dan Celcom mengumumkan pengurangan hingga 56 peratus bagi pakej-pakej jalur lebar talian tetap yang baharu hari ini.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo selepas meneliti pakej-pakej baharu yang dinyatakan mendapati ia tidak menurunkan harga perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 13 2018
Pelanggan mempunyai pilihan untuk menikmati sama ada harga yang lebih murah, kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama atau kedua-duanya sekali. - Gambar hiasan
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini
Karnival Komunikasi 2024 merupakan inisiatif bagi menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan kementerian dan agensi.
7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak
Sebanyak 7,410 port jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) Kementerian Komunikasi telah dibangunkan dan sedia dilanggani oleh penduduk di Sarawak.
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor capai 99.87 peratus suku pertama 2023 - Fahmi
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor kini mencapai 99.87 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 55.96 Mbps (megabit sesaat) setakat suku pertama tahun ini.
KKD peruntuk RM3.9 bilion untuk projek PoP Fasa 2 - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperuntukkan sebanyak RM3.9 bilion bagi meneruskan pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) Fasa 2.
Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA
Kontrak 24 bulan dalam Pakej Perpaduan beri bayangan negatif, tanggapan kapitalisma.
Harga MSAP yang baharu lebih rendah daripada MSAP yang lama
Mengambil contoh harga perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Mbps, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, harga baharu untuk 2023 ialah RM254.64 sebulan.
Pakej jalur lebar RM69, data tanpa had mula ditawar bulan depan - Fahmi
Golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas kini boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan.
Kelantan bakal terima capaian jalur lebar 5G lebih awal - Annuar
Annuar berkata, secara strategiknya Kelantan akan dibangunkan sebagai hub logistik kawasan timur yang penting.
Time tawar pelan internet berkelajuan tinggi sehingga 2Gbps
Ia turut menawarkan produk Same Day Internet untuk memenuhi gaya hidup pantas pelanggan yang menggunakan internet di mana-mana sahaja pada masa ini.
Inisiatif baharu perkhidmatan jalur lebar diumum dalam masa terdekat - Annuar
Beliau meninjau status pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya mengikut jadual.