PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara.
Perdana Menteri berkata, wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.
Berikut teks ucapan penuh Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wanita 2021 hari ini:
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita bersua secara maya di Majlis Hari Wanita 2021 pada kali ini.
2. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di luar sana di mana jua anda berada. Tema sambutan Hari Wanita pada tahun ini iaitu “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran” adalah bertepatan dengan situasi kita yang masih berdepan dengan cabaran wabak COVID-19 semenjak lebih setahun yang lalu.
3. Kita telah melihat kejayaan, pencapaian dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang. Saya ingin tegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita kerana wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting, bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara. Dapatan kajian menjangkakan bahawa pertambahan penyertaan 30 peratus wanita dalam pasaran buruh Malaysia mampu meningkatkan GDP negara di antara 7 hingga 12 peratus setahun.
4. Walaupun lakaran kejayaan demi kejayaan terus dicapai, kita tidak harus berpuas hati. Tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemaskan kerana wanita masih terbelenggu dengan isu-isu di antaranya seperti berikut:
Pertama, stigma dan stereotaip yang mengehadkan peranan mereka dalam bidang-bidang tertentu yang sering dikaitkan dengan peranan tradisi wanita, khususnya dalam penjagaan dan pengasuhan;
Kedua, kecenderungan mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan gangguan seksual di tempat kerja. Isu gejala sosial seperti penderaan anak, “sugar daddy” dan sumbang mahram juga merisaukan kita kerana golongan wanita turut menjadi mangsa;
Ketiga, penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang yang masih kurang diberi perhatian sepenuhnya. Contohnya, saya difahamkan masih ada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) yang belum mempunyai wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP). Sehingga Oktober 2020 hanya 25.4% daripada 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia yang berjaya menyambut komitmen pengisian sekurang-kurangnya 30% ALP wanita;
Keempat, beban berganda atau double burden yang dihadapi oleh ramai wanita yang berkerjaya di mana mereka perlu mengimbangi antara tuntutan kerja dengan pengurusan rumah tangga pada satu-satu masa. Berdasarkan dapatan kajian, didapati wanita meluangkan masa lebih 63.6% berbanding lelaki dalam tugasan penjagaan yang tidak berbayar atau unpaid care work; dan
Kelima, kurangnya penglibatan semua pihak dalam menyediakan persekitaran yang menyokong dan menggalakkan pemerkasaan wanita. Secara tidak langsung, silent motherhood penalty dilihat seolah-olah menjadi suatu perihal yang diterima oleh semua pihak.
5. Tidak dinafikan, pandemik COVID-19 juga telah menyebabkan isu-isu yang saya sebutkan ini semakin kritikal dan ketara. Saya masih ingat, semasa Perintah Kawalan Pergerakan mula-mula dilaksanakan pada Mac 2020, dengan hanya Ketua Isi Rumah yang dibenarkan membeli barang keperluan, kita melihat betapa ruang untuk penambahbaikan amalan berkongsi tanggungjawab atau shared responsibility dalam pengurusan rumah tangga adalah sangat luas. Ini perlu diberikan penekanan untuk memastikan institusi keluarga lebih bersedia menghadapi cabaran getir dalam kehidupan seharian.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
6. Dalam hal ini, bagi menyokong pemerkasaan negara khususnya dalam fasa pemulihan negara akibat pandemik COVID-19, beberapa kemudahan telah pun diumumkan oleh Kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi melalui inisiatif PRIHATIN, PENJANA dan PERMAI serta Belanjawan 2021 yang memberi faedah secara langsung kepada wanita.
7. Baru-baru ni saya juga telah melancarkan MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Eknonomi Digital Malaysia. Manfaatnya yang serba inklusif, pasti akan dapat dirasai lebih ramai termasuklah usahawan wanita di gerai-gerai kecil, yang kini sudah berpeluang untuk memasarkan produknya dengan lebih meluas dengan bantuan teknologi.
8. Sebagai tambahan kepada insentif sedia ada, Kerajaan akan menyediakan insentif yang dikenali sebagai MyKasih Kapital iaitu suntikan modal perniagaan contohnya dalam bidang e-dagang ataupun dropship dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 orang penerima yang berkelayakan.
9. Kerajaan juga akan menubuhkan Skuad WAJA yang dibentuk melalui penyertaan komuniti wanita. Ia akan turut memberikan sokongan psikososial dan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah bagi menghentikan keganasan terhadap wanita, serta memperkasakan pengetahuan umum mengenai hak-hak wanita.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
10. Bagi menggalakkan shared responsibility dan bagi membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja, saya menyarankan agar Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia melihat kesesuaian pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit; dan menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.
11. Selain itu, saya juga telah meminta dikaji sekiranya kemudahan BDR ini dapat dipanjangkan kepada wanita atau lelaki yang kematian pasangan bagi membolehkan mereka menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kematian yang lazimnya memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaikan.
12. Saya juga ingin menggesa semua pihak untuk memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:
12.1 Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan ini termasuklah memastikan adanya usaha-usaha pencegahan daripada berlakunya gangguan seksual;
12.2 Memastikan apa sahaja aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program menggunakan analisis gender melalui bajet yang responsif gender.
12.3 Kerajaan juga telah menyediakan Geran bagi penubuhan TASKA sama ada di sektor awam mahupun swasta, justeru ambillah peluang ini kerana dengan menyediakan kemudahan penjagaan seperti ini, ia akan memberikan kesan multiplier kepada banyak pihak.
12.4 Seterusnya adalah berkaitan dengan kepimpinan wanita. Seruan ini selari dengan tema yang diangkat oleh UNWomen sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 iaitu “Women in leadership : Achieving an equal future in a COVID-19 world”. Oleh itu, amatlah penting suara-suara wanita ini didengar di peringkat yang lebih tinggi, dan diberikan mereka tempat sebagai pembuat keputusan yang sewajarnya, sesuai dengan bidang kepakaran masing-masing.
13. Bagi memastikan pemerkasaan wanita terus menjadi agenda penting negara, saya menyambut baik cadangan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya Model Pemerkasaan Wanita menjadi pemacu pembangunan wanita di negara ini. Saya menyeru semua pihak untuk sama-sama mengembleng tenaga dalam menjayakan agenda ini agar semua wanita dapat diperkasakan secara inklusif. Dengan inisiatif ini lebih ramai wanita bangkit mendepani cabaran semasa.
14. Semoga sambutan Hari Wanita pada tahun ini akan menjadi lebih bermakna melalui kesungguhan kita dalam memastikan penyertaan golongan wanita yang lebih berkesan dapat di realisasikan, insyaaAllah.
15. Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya dengan ini merasmikan Sambutan Hari Wanita 2021.
16. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 08 2021
Perdana Menteri berkata kerajaan PN sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Teks ucapan penuh Perdana Menteri sempena Hari Wanita 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara.
Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh - Perdana Menteri
Inisiatif tersebut jelas Muhyiddin lagi bagi menggalakkan shared responsibility dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.
Pemerkasaan wanita perlu diperkemas - PM Muhyiddin
Tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemas memandangkan golongan berkenaan masih terbelenggu dengan beberapa isu meskipun pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh wanita.
#ChooseToChallenge: Wanita kental redah samudera gagah
Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak menjadi wanita pertama diangkat menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah.