Berikut perutusan tahun baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:
Dua belas bulan lepas, Malaysia dengan penuh yakin memulakan persiapannya untuk memainkan peranan lebih besar di pentas dunia iaitu sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan pengerusi ASEAN pada tahun yang amat bersejarah bagi pertubuhan 10 negara itu. Pada masa itu, saya menyatakan bahawa saya mahu kita semua bekerjasama untuk membina sebuah masyarakat lebih selamat, lebih makmur dan lebih saksama.
Sepanjang tahun ini, kerajaan terus menerus berusaha untuk mencapai objektif itu, dan kita sepatutnya berbangga kerana sebagai rakyat Malaysia, semua itu berjaya kita capai pada 2015.
Kita telah menerajui rantau ini untuk sampai ke satu titik perubahan - penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN, yang menandakan bermulanya satu era baharu bagi penduduk rantau ini yang berjumlah 625 orang. Prospek serta hadiah yang luar biasa terjelma di hadapan kita apabila ASEAN muncul sebagai ekonomi keempat terbesar di dunia.
Kita menjadi tuan rumah kepada pemimpin dunia di Kuala Lumpur apabila ASEAN dan Amerika Syarikat mengumumkan pembentukan satu perkongsian strategik baharu, manakala hubungan kita dengan China pula menjadi semakin kukuh.
Kepimpinan kita di peringkat antarabangsa, sebagai sebuah negara yang stabil dan toleran, sebagai pemain peranan yang bertanggungjawab di pentas global dan rakan penting dalam usaha memerangi fahaman pelampau, mendapat pujian.
Walaupun ekonomi global dilanda badai yang amat mencabar, tetapi Bank Dunia memuji kita kerana berjaya memastikan dasar mikroekonomi kita terus berada dalam keadaan kukuh. Pada 2016, kita menjangka ekonomi kita akan berkembang antara 4 dan 5 peratus, dipacu oleh pelaburan swasta dan penggunaan.
Tahun ini, Malaysia diletakkan untuk bersaing dengan 70 negara Islam lain dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global – dan kita memperoleh tempat pertama. Kita juga menduduki tempat ke-18 - naik dua anak tangga - dalam Laporan Daya Saing Global
Forum Ekonomi Dunia bagi 2015. Di samping itu, agensi penarafan antarabangsa juga memberi gred lebih baik kepada Malaysia.
Ketika menghadapi kemeruapan kewangan global, kerajaan mengambil keputusan tegas dan amat diperlukan bagi memberi perlindungan kepada rakyat kita serta untuk menjamin masa depan mereka. Program Transformasi Kerajaan dan Rancangan Malaysia Ke-11 memastikan kita berada di landasan betul untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Namun demikian, tahun 2015 juga menyaksikan munculnya beberapa peristiwa yang belum pernah dihadapi negara ini di peringkat dalam dan luar negara.
Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terjejas oleh kejatuhan harga minyak. Bagaimanapun, sebagai sebuah daripada beberapa negara pengeksport penuh minyak di Asia Timur, perkara itu menjejaskan kewangan kita lebih teruk daripada kebanyakan negara lain. Kejatuhan setiap satu dolar Amerika bagi setiap tong minyak bererti kerajaan kita mengalami kemerosotan hasil sebanyak 300 juta ringgit.
Begitu juga halnya, kemelesetan ekonomi China turut memberi kesan kepada banyak negara lain. Bagaimanapun, oleh kerana China adalah rakan dagang kita yang paling besar, maka pekara itu menjejaskan kita dengan lebih teruk berbanding negara lain.
Kita memulakan tahun ini dengan menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah.
Turut menyedihkan ialah 18 orang maut dalam kejadian gempa bumi di Sabah pada Jun, manakala kita semua dilanda kepiluan dan terkejut dengan pembunuhan kejam seorang rakyat negara kita, Bernard Then, oleh pengganas di selatan Filipina bulan lepas.
Kita juga tidak bebas daripada ancaman kumpulan yang dikenali sebagai Islamic State, dan perjuangan menentang radikalisme serta mereka yang mencemarkan kesucian Islam melalui tindakan ganas mereka, perlu dilaksanakan di Malaysia sendiri, bukan di Timur Tengah sahaja.
Dalam menghadapi cabaran ini, kerajaan tidak mengambil jalan mudah dan popular.
Sebaliknya, kami memainkan peranan sebagai ketua. Kami bertanya: Apakah langkah yang benar-benar betul untuk rakyat? Pengenalan GST adalah antara contohnya.
Cukai baharu jarang mendapat sambutan baik. Tetapi, dalam keadaan kejatuhan harga minyak, sekiranya kami tidak meraih hasil daripada GST, defisit kewangan kita akan meningkat daripada 3.1 peratus kepada 4.8 peratus pada 2016.
Ini akan mendorong agensi penarafan menurunkan penarafan bagi Malaysia dan mengakibatkan berlaku peningkatan kadar faedah; pelaburan – termasuk dari luar negara - akan menurun; dan pengurangan peluang pekerjaan secara serius, di samping kesukaran lain yang akan dihadapi rakyat.
Kesejahteraan dan kemajuan rakyat sentiasa berada dalam fikiran kami apabila kami menggubal sesuatu dasar. Saya sedar, ramai yang teruk terjejas akibat kenaikan harga dan berasa bimbang mereka serta anak mereka tidak mendapat pekerjaan yang baik. Sebab itulah, dalam Bajet lepas, kami turunkan cukai bagi keluarga berpendapatan sederhana, menaikkan gaji minimum serta menambah peruntukan bagi BRIM untuk golongan yang memerlukannya.
Kami mengumumkan bahawa kami akan membina 175,000 unit lagi rumah mampu milik, manakala 41.3 bilion ringgit disediakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar golongan muda bersedia untuk menyandang jawatan baharu yang akan terhasil daripada kemunculan teknologi baharu serta perubahan pasaran.
Projek infrastruktur seperti MRT dan Lebuh Raya Pan-Borneo akan meningkatkan ketersambungan, menghasilkan peluang pekerjaan serta peluang baharu, terutama bagi Sabah dan Sarawak. Sebanyak 1.4 bilion ringgit lagi diperuntukkan untuk menambah baik jalan luar bandar di seluruh negara. Pembangunan kita perlu meliputi segala-galanya.
Meningkatkan kebingkasan ekonomi, mengurus kesan daripada kerentanan luar dan melindungi kepentingan rakyat akan menjadi keutamaan kerajaan pada 2016.
Kerajaan akan terus menyemak dan memantau dengan rapi semua dasar serta program bagi memastikan ia memberi manfaat ketara kepada rakyat. Keazaman saya ialah melihat tiada rakyat Malaysia akan tersisih apabila negara kita terus melakar kemajuan. Kami mempunyai perancangan, ia sedang dilaksanakan dan membuahkan hasil.
Berselisih pendapat merupakan suatu perkara lazim dan sesuatu yang sihat bagi sesebuah negara demokrasi dan perbincangan terbuka perlu sentiasa berjalan dengan baik dan penuh bersemangat. Tahun depan, saya mahu kita mula bercakap tentang Wawasan Pasca 2020, dan saya akan menjemput semua rakyat Malaysia untuk berbincang tentang laluan yang perlu kita tetapkan untuk negara ini untuk beberapa tahun akan datang.
Bagaimanapun, apa yang menyedihkan pada tahun ini ialah beberapa perbalahan telah dieksploitasi dan dipolitikkan oleh mereka yang mempunyai niat tertentu.
Kerajaan mendapat mandat daripada rakyat dan oleh itu hanya rakyat yang boleh membuat keputusan melalui peti undi berpandukan peraturan sistem yang kita amalkan mengenai siapakah yang mereka mahu menerajui negara ini. Sementara menunggu tibanya waktu itu, kita semua perlu menghormati perlembagaan, undang-undang dan adat resam kita; dan sekiranya kita berbeza pendapat, ia perlulah disuarakan melalui saluran yang sewajarnya.
Secara khusus, daripada membenarkan penyiasatan terhadap 1MDB diteruskan, sesetengah pihak secara terbuka terlebih dahulu membuat kesimpulan tentang keputusannya dengan berdasarkan fitnah politik, ketirisan dan maklumat yangtidak lengkap. Perbuatan mereka itu memberi mudarat kepada ekonomi Malaysia dan mencemarkan nama baik kita di luar negara.
Pada Jun, saya menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi 1MDB akan diatasi menjelang akhir tahun ini dan saya dengan sukacitanya ingin mengesahkan bahawa setakat hari ini, syarikat itu telah memeterai perjanjian yang akan menyaksikan hutangnya berkurangan sebanyak kira-kira 40.4 bilion ringgit. Angka ini mewakili sebahagian besar daripada hutang 1MDB.
Perjanjian terbaharu ialah mengenai penjualan 60 peratus ekuiti dalam Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium bersama tempatan dan antarabangsa – terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings sebanyak 60 peratus dan China Railway Engineering Corporation sebanyak 40 peratus – yang diumumkan pada 31 Disember, yang membawa kepada pengurangan hutang sebanyak 7.1 bilion ringgit.
Oleh itu, adalah jelas bahawa cabaran besar yang dihadapi 1MDB sebelum ini sudah berlalu seperti yang telah saya janjikan bahawa ia akan dicapai pada musim panas lepas dan apa yang masih tinggal hanyalah bagi perjanjian yang telah dimeterainya serta langkah terakhir penyusunan semula program 1MDB, selesai dilaksanakan.
Sekarang, kita menunggu hasil siasatan terhadap syarikat itu; mengambil pengajaran yang perlu daripadanya; dan sama-sama melangkah ke hadapan secara konstruktif.
Perpaduan sangat penting kerana kepelbagaian yang wujud di Malaysia menjadi kekuatan kita. Kita sama-sama berkongsi perayaan, kegembiraan dan kesedihan satu sama lain. Inilah yang membentuk budaya unik di negara kita. Ia sangat berharga.
Kita perlu pastikan kita sentiasa saling hormat-menghormati dan tidak sekali-kali mencetuskan ketegangan. Hanya apabila kita semua bekerjasama, barulah kita akan dapat memberi yang terbaik untuk Malaysia.
Begitu juga halnya, hanya apabila kerajaan dan institusinya bersatu serta kukuh, dan bergerak ke arah sama, barulah kita dapat memberi khidmat dengan berkesan kepada rakyat.
Untuk mencapai semua itu, kami sedang mengukuhkan integriti dan ketelusan tonggak demokrasi kita. Itulah sebabnya Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik ditubuhkan.
Saya ingin menggesa semua rakyat Malaysia, tanpa mengira parti mana yang mereka sokong, supaya mengambil bahagian dan menyokong pembaharuan yang dilakukan ini kerana tujuannya adalah untuk melindungi hak semua warganegara serta menjamin kesihatan dan keselamatan proses demokrasi yang dijunjung dengan bangga oleh Malaysia sejak negara ini mencapai kemeerdekaan pada 1957.
Perlu juga ditegaskan bahawa perkara berkaitan keselamatan tidak boleh dipandang ringan. Ada pihak yang nampaknya memandang remeh terhadap bahaya jelas yang sedang kita hadapi di dalam dan luar negara. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila lebih 150 rakyat kita ditangkap kerana terlibat dengan kegiatan keganasan sejak tertubuhnya apa yang dikenali sebagai Islamic State.
Potensi berlaku serangan di Kuala Lumpur telah digagalkan dan polis kita diletakkan dalam keadaan penuh bersiap siaga berikutan penangkapan anggota satu kumpulan yang merancang untuk melakukan serangan bom secara nekad di Jakarta.
Ancaman ini perlu dipandang serius dan sebab itulah pada awal tahun ini, kerajaan meluluskan Akta Pencegahan Keganasan, manakala Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara pula diluluskan awal bulan ini.
Kita berdepan dengan pelbagai bahaya yang tidak mengenal sempadan, daripada keganasan hinggalah kepada pencerobohan asing terhadap wilayah kita yang berdaulat seperti yang berlaku di Lahad Datu pada 2013. Rang undang-undang baharu ini diperlukan untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada dan ia tidak sama sekali bercanggah dengan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sebaliknya, ia akan membolehkan pasukan keselamatan kita mengawal dan mengurus ancaman serta memberi tindak balas segera sebelum keadaan menjadi lebih parah. Kita tidak mahu menunggu sehingga pengganas membuat angkara barulah hendak mengambil semua langkah yang diperlukan bagi mengelak wujudnya sebarang kemungkinan.
Sebagai perdana menteri, saya tidak akan memohon maaf kerana menjadikan keselamatan seluruh rakyat Malaysia sebagai keutamaan tertinggi saya.
Matlamat kita bagi 2016 tetap untuk mewujudkan masyarakat yang lebih selamat, lebih makmur dan lebih saksama. Untuk mencapainya, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil keputusan tegas, tepat dan yang diperlukan – walaupun ia tidak popular – bagi melindungi rakyat daripada bahaya keganasan; melindungi perpaduan yang amat berharga antara rakyat Malaysia yang menjadi pelindung bagi keunikan kepelbagaian kita; serta melindungi masa depan cerah yang menjadi hak untuk dinikmati setiap rakyat Malaysia, yang boleh saya beri jaminan kepada anda bahawa kerajaan akan sentiasa berusaha untuk mencapainya dengan sedaya upaya.
Sekiranya kita dapat mengetepikan perpecahan yang berlaku dan mengamalkan kembali perkara yang menyatukan kita sebagai rakyat negara ini serta menjadi kebanggaan kita suatu ketika dahulu, maka saya yakin, 2016 boleh menjadi tahun untuk kita sama-sama bergerak ke hadapan untuk mencapai apa yang diidamkan itu.
Akhir sekali, saya mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia "Selamat menyambut tahun baharu yang lebih sejahtera, makmur dan selamat".
Bernama
Thu Dec 31 2015
NAJIB: Kerajaan akan terus menyemak dan memantau dengan rapi semua dasar serta program bagi memastikan ia memberi manfaat ketara kepada rakyat.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan: 'Duduklah diam-diam di rumah' - Muhyiddin
Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari kedua hari ini dengan orang ramai diminta terus berada di rumah masing-masing bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Perutusan Perdana Menteri sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018
Berikut ialah teks penuh perutusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.