Berikut ialah teks penuh perutusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.
1. Buat ke sekian kalinya, kita menyambut Hari Kebangsaan. Secara rasminya, ia adalah Hari Kebangsaan kita kali yang ke 61 mengikut kiraan hari pengumuman kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
2. Banyak peristiwa yang telah dilalui oleh Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia sejak mencapai kemerdekaan dari jajahan British kepada sebuah Negara berdaulat dan bebas melakar halatujunya mengikut acuannya sendiri.
3. Mulai dari hari itu tugas yang digalas oleh Kerajaan dan juga rakyat ialah mengisi kemerdekaan tersebut.
4. Cabaran yang dihadapi bukan sedikit. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, semuanya terpaksa dilakukan dari awal ataupun "starting from scratch."
5. Ia bukan sesuatu yang mudah - hampir semua lapangan, pengalaman dan kepakaran dimiliki oleh pentadbir-pentadbir dan cerdik pandai penjajah dan amat sedikit dari kalangan anak bangsa yang mampu mengambil-alih sepenuhnya tanggungjawab itu.
6. Malahan sebahagian dari sistem pentadbiran dan perundangan yang ditinggalkan agak sukar untuk dilaksanakan kerana ianya direka bersesuaian dengan keperluan mereka sebagai penjajah. Penduduk tempatan tidak dapati sesuai untuk diterima sepenuhnya.
7. Namun kita boleh bersyukur jika dibanding dengan negara lain yang terpaksa hadapi keadaan yang lebih teruk kerana penjajah meninggalkan negara-negara itu dalam keadaan kucar-kacir, tanpa pentadbir yang terlatih atau perundangan yang sesuai untuk dilaksana.
8. Negara kita bernasib baik kerana kebijaksanaan kepimpinan Negara pada masa itu yang berjaya mendapatkan kemerdekaan menerusi perundingan dan bukan pemberontakan dan tumpah darah. Dengan ini bekas penjajah dapat membantu di dalam keselamatan, pentadbiran dan perancangan masa depan Negara.
9. Bantuan mereka bukanlah semata-mata kerana perasaan bertanggungjawab. Ia juga kerana keperluan kestabilan dan keamanan supaya pelaburan mereka dalam perladangan dan perlombongan terselamat.
10. Persekutuan Tanah Melayu ataupun Federation of Malaya yang menggantikan Malayan Union memang kaya dari segi hasil buminya. Kekayaan ini menyumbang banyak kepada kemajuan penjajah.
11. Dalam konteks ini, kemerdekaan yang dicapai cuma akan bermakna hanya apabila kita berjaya menghakis genggaman neokolonialisme atau penjajahan ekonomi yang mencemar kemerdekaan kita.
Dengan usaha yang gigih kita berjaya memajukan negara sehingga kita dapat tebus balik kekayaan kita. Satu daripada usaha kita ialah dengan mengadakan ' Dawn Raid' untuk membeli secara halal ladang Guthrie kita. Tetapi kita dituduh merampas atau nationalise.
12. Namun demikian kita masih sanggup menerima pelaburan asing (FDI) termasuk dari negara penjajah juga. Tetapi mereka tidak dibenar campur tangan dalam politik dan pentadbiran negara. Kemerdekaan kita tetap dipelihara.
13. Kemudian Persekutuan Tanah Melayu beralih menjadi Malaysia. Kesanggupan orang Melayu bertolak ansur tidak dapat dipertikai atau ditandingi oleh sesiapa.
14. Walaupun Malaysia mempunyai lebih banyak bangsa dan suku kaum, tetapi ianya tetap aman dan stabil dan membangun dengan pesatnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia. Sesungguhnya kemampuan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 tetap ada.
15. Tetapi malangnya pertukaran pemerintahan membawa perubahan dasar dan pendekatan. Sistem demokrasi dan pentadbiran mengikut undang-undang digugur dan diganti dengan cara-cara lain. Hasilnya ialah Wawasan 2020 menjadi impian kosong.
16. Demikianlah kerosakan dan tekanan yang dirasai oleh rakyat sehingga mereka berasa seolah-olah mencapai kemerdekaan sekali lagi apabila PRU 14 menghasilkan perubahan pemerintahan.
17. Ya, rakyat mencapai kejayaan hasil pendirian tegas mereka. Tetapi nikmat tidak datang melayang kerana kemenangan dicapai. Tindakan terhadap penjenayah juga tidak dapat dilakukan dengan serta merta.
18. Seperti kita tidak suka kepada cara-cara pentadbiran dahulu begitu juga kita tidak boleh amalkan cara yang kita benci dahulu. Pentadbiran mengikut undang-undang memerlukan masa untuk dilaksanakan. Tetapi percayalah akhirnya penjenayah akan meraih hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.
19. Sementara itu rakyat dan Kerajaan perlu berganding bahu untuk memulih semula negara. Tugas kita memang berat. Tetapi tidak ada kuasa yang boleh menghalang gandingan rakyat dengan pemerintah.
20. Kita sudah lihat bagaimana negara yang telah kalah dan hancur dalam peperangan dapat memulihkan negara sehingga dalam masa yang singkat dapat kembali maju kerana semangat dan usaha oleh rakyat dan pemerintah.
21. Kita juga mampu. Kita juga boleh pulih semula negara kita Malaysia.
22. Kerajaan boleh tadbir dengan baik, berjimat cermat, berdisiplin dan mengawal nafsu. Ini sedang dilakukan. Walaupun masih sedikit tetapi pencapaian dalam mengurangkan hutang sudah ternampak. Kerosakan jentera pentadbiran telah dapat dipulih semula. InsyaAllah dengan tindakan yang sedang dan akan diambil, negara akan sihat semula.
23. Tetapi rakyat juga perlu memain peranan. Jikalau Kerajaan tidak mampu hulur wang seperti dahulu, sebabnya ialah pembaziran seperti dahulu akan jejaskan proses pemulihan. Lagipun Kerajaan ini tidak mencuri wang rakyat untuk diberi kepada rakyat sebahagian dari hasil pencurian.
24. Cara sebegitu bukanlah cara yang terbaik. Kerajaan ini akan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Dengan cara ini pendapatan yang diperolehi lebih memuaskan. Ia adalah hasil titik peluh sendiri dan sudah tentu ia halal.
25. Untuk ini Kerajaan akan memberi pelajaran dan latihan serta juga biasiswa. Kepakaran pekerja akan ditingkatkan supaya pendapatan akan bertambah.
26. Kita akan naikkan upah mengikut kemampuan. Tetapi yang perlu diingati ialah kenaikan upah tidak bermakna jika kos sara hidup naik bersama.
27. Untuk menentukan kenaikan upah menambah daya beli, produktiviti perlu ditingkatkan melalui cara pengurusan yang lebih cekap, peningkatan kecekapan pekerja, penggunaan mesin, robotik dan otomasi dan tambahan pelaburan oleh majikan. Kerajaan akan beri insentif dan hadiah kepada mereka yang berjaya meningkatkan produktiviti dengan kos yang terendah. Kenaikan harga hasil perusahaan hendaklah dikawal.
28. Tetapi sepanjang masa Kerajaan akan bantu rakyat yang benar miskin ataupun kurang upaya. Mereka akan dibantu lebih baik dari BR1M umpamanya. Memberi 500 Ringgit atau 1200 Ringgit setahun tidak mencukupi untuk hidup sempurna. Ya. BRIM akan dikurangkan beransur-ansur tetapi yang daif dan tidak bekerja ataupun tidak dapat bekerja akan dibantu secara lebih bermakna.
29. Kita rayakan Hari Kebangsaan kali ini dengan perasaan lega dan selesa. Sesungguhnya ini adalah Kemerdekaan kedua bagi kita. Kita sudah bebas daripada belenggu pemerintahan kejam. Hidup kita lebih selesa. Kerajaan PH ini akan jamin keadilan bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bangsa atau agama.
30. Sesuai dengan pencapaian dan perasaan yang kita lalui dan kongsi bersama, tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah "Sayangi Malaysiaku."
31. Adalah diharap agar perasaan ini kekal dihati kita semua. Saya yakin, selagi perasaan ini ada bersama kita semua, apa saja perbezaan, percanggahan dan rasa sangsi yang timbul, Malaysia akan tetap utuh dan maju.
32. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Semoga harapan kita agar Malaysia terus maju, aman dan saksama akan kekal selamanya. Sayangilah Malaysiaku ini.Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
DR MAHATHIR: Rakyat dan Kerajaan perlu berganding bahu untuk memulih semula negara. - Astro AWANI
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Perutusan Perdana Menteri sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018
Berikut ialah teks penuh perutusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.