KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi realiti maya (VR) mampu memudahkan pengurusan alam sekitar termasuk sumber air selain meningkatkan kefahaman dan komitmen masyarakat terhadap usaha pelestarian alam sekitar.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Zaini Ujang berkata penggunaan teknologi digital seperti VR juga membantu masyarakat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu alam sekitar dan tanggungjawab setiap individu, organisasi serta institusi dalam usaha melestarikan sumber air.
Beliau berkata VR adalah kaedah pengintegrasian elemen digital untuk menyediakan maklumat secara lebih menarik dan mudah difahami ke arah meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan alam sekitar khususnya sumber air.
"Teknologi VR ini dibangunkan dengan usaha sama penyelidik Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama syarikat tempatan Teras Berkat (M) Sdn Bhd sejak 2019 dan setakat ini, terdapat tiga modul VR pelestarian alam sekitar dibangunkan iaitu air, sungai dan perubahan iklim.
"Sistem bersepadu pengurusan sumber air menggunakan teknologi VR ini turut dipamerkan pada pameran Jabatan Pengairan dan Saliran sempena sambutan Hari Air Sedunia 2022 di Pahang," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyempurnakan majlis perasmian Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan di Taman Awam Bera, Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022

Zaini berkata penggunaan teknologi digital seperti VR juga membantu masyarakat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu alam sekitar dan tanggungjawab setiap individu, organisasi serta institusi dalam usaha melestarikan sumber air. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Teknologi VR bantu usaha pelestarian alam sekitar - Zaini
Penggunaan teknologi realiti maya (VR) mampu memudahkan pengurusan alam sekitar termasuk sumber air selain meningkatkan kefahaman dan komitmen masyarakat terhadap usaha pelestarian alam sekitar.