Setelah beberapa bulan delegasi Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri mengadakan siri lawatan ke beberapa buah negara, akhirnya, kerajaan negeri Sarawak telah mengambil keputusan untuk mengguna pakai gabungan teknologi dari Jerman dan China berkuasa sel bahan api hidrogen bagi projek sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang akan dibina di Kuching.
Antara negara yang dikunjungi oleh delegasi Sarawak untuk mempelajari teknologi yang diguna pakai oleh negara berkenaan ialah Jerman, China dan Kanada.
Menurut Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak(SEDC) Tan Sri Abdul Aziz Datuk Husain, sekiranya projek ini dijalankan, Sarawak akan mencipta nama dalam sejarah kerana menjadi negeri pertama menggunakan sel bahan api hidrogen.
"Ketika ini, projek LRT masih lagi dalam peringkat kajian permulaan dengan kajian tersebut dijangka siap dalam masa dua bulan dan selepas siap kajian itu, barulah kajian secara terperinci untuk menentukan harga, laluan dan bagaimana ia dilaksanakan," katanya semasa menghadiri Majlis Belaian Kasih bersama warga Rumah Seri Kenangan pada Rabu.
Menurut Aziz, SEDC akan diberikan tanggungjawab melaksanakan fasa permulaan projek yang bakal mengubah landskap sistem pengangkutan yang menghubungkan Kuching, Serian dan Samarahan.
Aziz turut menyertai rombongan berkenaan ke China yang diketuai Abang Johari minggu lalu.
Beliau mengulas pengumuman Ketua Menteri baru-baru ini bahawa sistem LRT akan dibina di negeri ini.
________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers , Mohammad Rezza Abdullah Bahida dari Universiti Malaysia Sarawak.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***Awani Rangers UNIMAS ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
AWANI Rangers UNIMAS
Sat Dec 16 2017
AZIZ: LRT Kuching masih dalam peringkat kajian permulaan, kajian tersebut dijangka siap dalam masa dua bulan - Foto SEDC
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Loji metanol Sarawak Petchem bernilai hampir RM5 bilion dijadual beroperasi Q1 2024
Abdul Aziz berkata, Sarawak Petchem telah memperoleh RM4 bilion di bawah program sukuk untuk membiayai projek itu.
Dialog Sarawak dan Petronas berhasil - Abang Johari
Ia membincangkan antara lain, peranan kerajaan negeri Sarawak dalam PETROS dan kerjasama antara Petronas dan SEDC Energy.
Teknologi Jerman dan China pilihan kerajaan Sarawak untuk pembangunan LRT
Kerajaan Sarawak ambil keputusan untuk guna gabungan teknologi Jerman dan China untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kuching