BANGI: Team Haq Esports Club secara rasminya telah bekerjasama dengan Deep Faith bagi program “Faith Love Ta’awun”.
Deep Faith merupakan sebuah organisasi yang mahu menyebarkan cara hidup dan pemakaian harian yang positif dalam kalangan masyarakat.
Program yang dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2022 ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara pelajar pelajar tahfiz dan juga pihak penganjur.
Di samping itu, Infaq Packs juga akan diberikan kepada mereka yang bertempat di Madrasah Al-Hikmah, Jelebu Negeri Sembilan.
Infaq Pack yang diberikan ini mengandungi topeng muka, sweat shirt, kit pertolongan cemas dan hand sanitizer.
Pengasas Team Haq Esports Club, Aiman Haq berkata:
“Sejajar dengan visi program ini untuk menyantuni bakal ulama kiraams. Alhamdulillah kami berjaya menjalankan satu kerjasama untuk menjayakan program ini dan kami berharap semoga pemberian infaq pack memberi manfaat kepada semua, Insya-Allah.
"Saya juga berharap supaya kerjasama antara kami akan terus utuh untuk terus menyantuni penghuni
penghuni Madrasah.”
Program ini juga turut disertai oleh selebriti terkenal antaranya ialah Chong Ed dan Saharul Rizwan.
Sokongan daripada kalangan selebriti ini juga diharapkan berjaya memberikan pendedahan kepada
masyarakat tentang madrasah madrasah yang terdapat di Malaysia.
Kenyataan Media
Fri Jan 21 2022
Team Haq Esports Club secara rasminya telah bekerjasama dengan Deep Faith bagi program "Faith Love Ta'awun". - Foto ihsan Team Haq Esports Club
Indonesia bakal tubuh agensi pelaburan dengan modal permulaan IDR1,000 trilion
Parlimen Indonesia akan mengundi untuk menubuhkan sebuah agensi pelaburan baharu dengan modal permulaan bernilai IDR1,000 trilion.
Pelajar SPM Dibantu APM Sandakan Keluar Dari Kampung Dilanda Banjir
Seorang Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan selepas terperangkap akibat banjir DI Kampung Gum-Gum
Thaipusam: KTMB beroperasi 24 jam dari 9 -12 Feb dan tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi perkhidmatan tambahan KTM Komuter yang akan beroperasi selama 24 jam, selama empat hari tiga malam bermula dari 9 sehingga 12 Februari 2025
Thaipusam: perkhidmatan Rapidkl, Rapid Penang dan feri percuma dua hari
Menteri pengangkutan Anthony Loke berkata, bagi pengguna di Pulau Pinang, RapidPenang akan menyediakan 12 buah bas dengan kekerapan 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist
Isu veteran: ATM akan adakan sesi townhall - PAT
Dalam pada itu, Panglima ATM Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, sesi townhall bersama veteran ATM yang akan diadakan dalam terdekat.
Imej ATM: Urus persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan langkah bagi menguruskan persepsi orang ramai berikutan pelbagai tanggapan tidak tepat dilontarkan terhadap pasukan itu terutama di sosial media.
Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.
"Jangan teriak-teriak dalam dewan" - Timbalan Speaker
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Larut memanggil kerajaan kini sebagai kerajaan derhak berkait Titah Adendum
#AWANInews
Tak timbul isu kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan
Tiada istilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itu yang ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kritikan sesetengah pihak mengenai usaha Malaysia membangunkan semula Gaza.
Petani terkesan kenaikan diesel boleh serah nama kepada PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar butiran lengkap petani dan pesawah yang terkesan akibat kenaikan harga diesel diserahkan kepadanya bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan.
Team Haq Esports Club, Deep Faith bekerjasama untuk program "Faith Love Ta'awun"
Team Haq Esports Club secara rasminya telah bekerjasama dengan Deep Faith bagi Program 'Faith Love Taawun'.
E-Sukan: Superstar FIFA Chanks tiba di Malaysia, mula latihan selepas kuarantin
Chanks akan persiapkan diri untuk kejohanan antarabangsa pertama bersama Team Haq, iaitu kejohanan FIFA Global Series Qualifier 1.
Superstar FIFA 'Chanks' kini milik Team Haq Esports, bakal tiba di Malaysia awal November
Chanks memilih THQ sebagai pasukan baharu dengan keyakinan dapat mengembangkan lagi kerjaya beliau dalam industri ini.