TAWAU: Tawau akan menjadi lokasi strategik di Malaysia untuk melihat fenomena gerhana matahari separa pada tahun hadapan dengan peratus litupan matahari mencecah hampir 50 peratus.
Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari berkata mengikut kiraan astronomi tarikh berlaku fenomena itu pada 20 April, iaitu waktu tengah hari dan pada bulan puasa.
"Tawau adalah lokasi terbaik mencerap atau meneropong gerhana matahari ketika itu, berbanding di tempat lain misalnya di Semenanjung Malaysia pun hanya lima hingga 15 peratus litupan," katanya ketika berucap pada majlis penutupan jelajah astronomi pantai timur Sabah disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Alam di sini semalam.
Anita turut memohon persetujuan daripada Majlis Perbandaran Tawau serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Planetarium Negara agar pihak Planetarium Negara dibenarkan untuk mengadakan program bersama masyarakat Tawau pada tarikh tersebut sekali gus menyaksikan keajaiban gerhana matahari.
"Sebenarnya pada tahun hadapan kita alami gerhana matahari hibrid, hibrid ini jarang berlaku mungkin dalam 20 hingga 30 tahun, terdapat satu masa pada hari sama akan berlaku gerhana matahari penuh, gerhana matahari cincin (anulus) dan di sini adalah laluan paling akhir matahari separa," katanya lagi.
Menurutnya, pihaknya bersedia membawa peralatan termasuk pelbagai jenis teleskop khas untuk matahari serta membawa pakar-pakar astronomi yang akan membantu menerangkan kepada masyarakat mengenai fenomena itu dan kesannya dalam kehidupan seharian.
Dalam pada itu, Anita mengalu-alukan penyertaan termasuk badan bukan kerajaan, pihak pelancongan serta kerajaan Sabah melalui KSTI untuk memperhebatkan usahasama promosi astronomi.
"Selain mengenal pasti lokasi di Sabah yang boleh diwartakan sebagai kawasan pelancongan astronomi," katanya lagi.
Sementara itu, Yakub berkata KSTI mengalu-alukan Planetarium Negara mengadakan program pencerapan gerhana matahari separa di Tawau pada tahun hadapan.
Mengenai Jelajah Astronomi katanya program itu berjaya menarik 14,000 orang hadir di tiga lokasi jelajah yang diadakan di Sandakan, Lahad Datu serta Tawau dan ini membuktikan ilmu astronomi mampu menarik minat masyarakat di Sabah.
"Penganjuran program ini merupakan kolaborasi ketiga di antara KSTI dan Planetarium Negara selepas Karnival Sains Sabah 2021 dan Pertandingan Video Pendek Kelestarian Alam Semesta," katanya.
Menurutnya program jelajah astronomi itu satu platform dan usaha kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dalam meningkatkan kadar bilangan pelajar bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di Sabah yang ketika ini baru mencapai 27 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
![Tawau lokasi strategik lihat gerhana matahari separa tahun depan Tawau lokasi strategik lihat gerhana matahari separa tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51651223257_GerhanaMatahariSep.jpg)
Fenomena Gerhana Matahari Separa yang dilitupi awan gelap. - Gambar fail/BERNAMA
![Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735374325_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
![67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan 67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738982410_TBSesimenembakPLKN.jpg)
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI, baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai satu lagi produk tarikan pelancongan sempena musim perayaan.
![Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738979579_tbAbangJohariKuch.jpg)
Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan setakat pagi ini.
![Gempa bumi lemah dikesan di Tawau Gempa bumi lemah dikesan di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733363224_GEMPA.jpg)
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
![Kes bunuh: Mahkamah diberitahu dua saksi nampak pelajar dipukul Kes bunuh: Mahkamah diberitahu dua saksi nampak pelajar dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715853773_TBMAHKAMAHMAJISTRE.jpg)
Kes bunuh: Mahkamah diberitahu dua saksi nampak pelajar dipukul
Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul berkata mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada warden asrama kerana takut mereka juga akan turut dipukul.
![Budak 5 tahun ditemukan rentung Budak 5 tahun ditemukan rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729992449_rentung.jpg)
Budak 5 tahun ditemukan rentung
Kebakaran yang bermula dari salah sebuah rumah telah merebak dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut akibat terperangkap.
![Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727039691_kemalanganrempuhr.jpg)
Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah
Dua mangsa iaitu wanita berusia 49 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan masing-masing pada muka dan tangan.
![Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720675900_GempaSabah.jpg)
Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.
![Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720324071_Kemalangan.jpg)
Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
![KPKM sasar 5,000 Program Jualan Agro Madani seluruh negara KPKM sasar 5,000 Program Jualan Agro Madani seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716694133_DatukArthurJoseph.jpg)
KPKM sasar 5,000 Program Jualan Agro Madani seluruh negara
Jelas Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Program Jualan Agro Madani (JAM) bertujuan memastikan nasib golongan kurang mampu sentiasa terpelihara dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
![CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701763379_MalaysiaAirlines.jpg)
CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik
Penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.
![RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709730704_rumahatasair.jpg)
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
![Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709774004_TBrumahterbakar.jpg)
Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini
Satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.