AYER KEROH: Keghairahan seorang wanita warga China meraih keuntungan dengan menjalankan operasi klinik pergigian haram membawa padah apabila didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Keputusan itu diputuskan Hakim Nariman Badruddin selepas tertuduh Jiang Jun Yin, 33, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyediakan sebuah klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan dibawah Seksyen 27, Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Laksamana Cheng Ho, Melaka Tengah kira-kira pukul 3.25 petang, 6 Disember 2018 lalu.
Justeru, wanita tersebut didakwa mengikut seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 5(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM300,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang sudah berkahwin dengan lelaki tempatan itu didapati tidak berdaftar sebagai pengamal pergigian dengan Majlis Pergigian Malaysia selain tidak berkelayakan menjalankan sebarang aktiviti pergigian.
Wanita itu dikatakan sempat menjalankan perniagaan selama dua bulan khusus kepada rawatan pemutihan gigi sebelum berjaya dikesan pihak berkuasa.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Nozaizeli Abu Samah memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.
Hujahnya, ini kerana aktiviti pemutihan gigi yang tidak dilakukan dibawah seliaan individu berkelayakan, boleh menyebabkan kemudaratan dari segi kawalan jangkitan kuman dan sebagainya.
Nariman pada penghakimannya kemudian menetapkan hukuman denda RM25,000 serta empat bulan penjara sekiranya wanita itu gagal melunaskan denda berkenaan.
Tertuduh diwakili peguam Jagdeep Kaur.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Sep 19 2022
Tertuduh Jiang Jun Yin mengaku bersalah atas dakwaan menjalankan operasi klinik pergigian haram. - Gambar Astro AWANI
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Mesir hantar jentera berat ke Gaza bersihkan sisa runtuhan
Sebuah konvoi jentera berat dan jentolak yang membawa bendera Mesir bergerak dari Rafah, Mesir menuju ke Gaza pada Selasa dipercayai bagi memulakan proses pembersihan runtuhan.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Tebusan Hamas warga Thailand kembali ke pangkuan keluarga
Empat daripada lima tebusan Thailand yang dibebaskan selepas 15 bulan dalam tawanan di Gaza bertemu dengan ahli keluarga mereka pada Selasa di Pusat Perubatan Shamir, Israel.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech kini dalam proses penilaian semula dan ijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Tawar rawatan pemutihan gigi haram, wanita warga China didenda RM25,000
Ghairah buat duit dengan cara haram bawa padah buat Jiang Jun Yin yang berusia 33 tahun.